in the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful..
Allah ajarkan kita untuk berusaha dahulu, setelah berserahlah kepadanya..Berpegang pada sunnatullah, tidak belajar tidak lulus, bukan? Bertawakkal hendaklah dengan berbekal..Bukan sekadar tawakkal tanpa usaha, itu namanya pemalas *tersentap diri*..Peribahasa Brunei menyatakan, "nda bekarih nda belurih", maksudnya, kalau malas tiadalah hasilnya..Bagai Mat Jenin yang banyak berangan-angan, mengharap menjadi kaya dan bernikah dengan wanita ruapawan tapi masih duduk di atas pokok kelapa, berimaginasi sahaja tanpa sebarang usaha..Kekal lah Mat Jenin sebagai kisah dongengan semata..Mahukah kita menjadi Mat Jenin? Sudah tentu tidak bukan?
Tanyakan pada diri, jika urusan dunia sahaja pun sudah malas apatah lagi akhirat? Kita katakan mahu berjuang, berjuang mengejar redha Allah *berkobar-kobar*, berjuang menentang Zionist *semangat*..Ah, kata-kata sahaja lebih, hendak menyaingi anak-anak syuhada di Palestin? Lupakan sahaja..Berjuang di medan peperiksaan dengan senjata alat tulis sahaja kita tidak membawa apa-apa sekadar tawakkal kosong untuk apa?
Refleksi diri..
Kita para pejuang Thalibul 'Ilm (pencari ilmu) berjuang
bukan sekadar untuk menggengam sijil,
bukan untuk mengukir senyum di wajah ibu bapa dan keluarga,
bukan untuk meraih pangkat dan harta di masa hadapan,
bukan untuk disanjung dan diangkat sebagai ilmuan,
bukan untuk menjadi sesiapa,
melainkan hanya mengejar redha Allah
kerana Allah cintakan pejuang yang berjuang demi-Nya..
Pergi kedai nak bungkus nasi bujang pun perlu bawa duit, guna tenaga untuk menapak ke velodrom, pakai pakaian menutup aurat, siap bawa geng ramai-ramai tak nak jalan sorang, kena guna kredit pula mesej/call kawan-kawan..Itu sikit sahaja belum campur tolak yang lain-lain..Habis nak pergi dewan peperiksaan bawa badan dan alat tulis sahaja? Lupakan untuk capai pointer yang diimpikan..
"Kita nak peperiksaan ni, bukan lagi nak hadam semua info-info dalam buku dan nota untuk dibawa, tapi sekadar untuk buka laci-laci ingatan atas apa yang kita pelajari selama ini"
Akhirul kalam, jangan jadi hamba peperiksaan kerana hanya Allah tuan sebenar kita..
Semua sibuk menelaah pelajaran, cuba mengingat seberapa banyak fakta agar dapat menjawab soalan peperiksaan dengan mudah kelak..Insyaallah..Mungkin bagi kami yang sudah menduduki peperiksaan Semester 1 & 2 dahulu sudah boleh membiasakan diri dengan format soalan yang dikemukakan, tapi tidak bagi rakan-rakan se'batch' dalam course TESL..Kagum melihat mereka, pagi petang siang malam mengulang kaji tapi agak tertekan juga memandangkan diri sendiri belum lagi memulakan apa-apa sekadar membelek-belek buku dan nota..
Keluhan terzahir juga..
Bertanya pada diri kenapa tidak boleh menjadi segigih mereka, mungkin telah selesa..ya, tidak pernah jatuh lagi setakat ini, walaupun pointer tidaklah setinggi mana, tapi masih berada dalam keadaan selesa..Risau juga, takut mendatangkan fitnah pada agama..Yalah, sebelum berubah pointer masih tinggi, tapi bila sudah berubah tiba-tiba pointer jatuh..Walaupun sedar hakikatnya bukan kerana perubahan keputusan jatuh tapi lantaran diri yang tidak pandai membahagikan masa..
Teringat kata abah "kerja-kerja lain tidak akan pernah selesai, belajar tuh jangan lupa"..Maaf abah, tabiat buruk mengulang kaji di saat-saat akhir memang sukar dikikis sejak dahulu lagi..Sejak zaman PMR, SPM pun memang beginilah cara ku belajar..Syukur Allah sayang, tidak membiarkan ku jatuh, malah diberi kejayaan demi kejayaan agar aku terus bersyukur dan bersyukur dan bersyukur..Bukankah syukur itu lebih sukar dari sabar?
Cuma aku takut, takut menjadi hamba yang terlalu bergantung pada Dia..Bagai kata orang "duit takkan jatuh bergolek dari langit tanpa usaha"..Ya, aku takut usahaku tidak setimpal dengan kejayaan yang ku harap..Sudah dijanjikan-Nya bahawa sesiapa yang berserah disamping berusaha dengan kebaikkan akan beroleh manfaat malah tidak perlu bimbang dan kecewa..

(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Al-Baqarah 2:112)
Allah ajarkan kita untuk berusaha dahulu, setelah berserahlah kepadanya..Berpegang pada sunnatullah, tidak belajar tidak lulus, bukan? Bertawakkal hendaklah dengan berbekal..Bukan sekadar tawakkal tanpa usaha, itu namanya pemalas *tersentap diri*..Peribahasa Brunei menyatakan, "nda bekarih nda belurih", maksudnya, kalau malas tiadalah hasilnya..Bagai Mat Jenin yang banyak berangan-angan, mengharap menjadi kaya dan bernikah dengan wanita ruapawan tapi masih duduk di atas pokok kelapa, berimaginasi sahaja tanpa sebarang usaha..Kekal lah Mat Jenin sebagai kisah dongengan semata..Mahukah kita menjadi Mat Jenin? Sudah tentu tidak bukan?
Tanyakan pada diri, jika urusan dunia sahaja pun sudah malas apatah lagi akhirat? Kita katakan mahu berjuang, berjuang mengejar redha Allah *berkobar-kobar*, berjuang menentang Zionist *semangat*..Ah, kata-kata sahaja lebih, hendak menyaingi anak-anak syuhada di Palestin? Lupakan sahaja..Berjuang di medan peperiksaan dengan senjata alat tulis sahaja kita tidak membawa apa-apa sekadar tawakkal kosong untuk apa?
Refleksi diri..
Kita para pejuang Thalibul 'Ilm (pencari ilmu) berjuang
bukan sekadar untuk menggengam sijil,
bukan untuk mengukir senyum di wajah ibu bapa dan keluarga,
bukan untuk meraih pangkat dan harta di masa hadapan,
bukan untuk disanjung dan diangkat sebagai ilmuan,
bukan untuk menjadi sesiapa,
melainkan hanya mengejar redha Allah
kerana Allah cintakan pejuang yang berjuang demi-Nya..
Pergi kedai nak bungkus nasi bujang pun perlu bawa duit, guna tenaga untuk menapak ke velodrom, pakai pakaian menutup aurat, siap bawa geng ramai-ramai tak nak jalan sorang, kena guna kredit pula mesej/call kawan-kawan..Itu sikit sahaja belum campur tolak yang lain-lain..Habis nak pergi dewan peperiksaan bawa badan dan alat tulis sahaja? Lupakan untuk capai pointer yang diimpikan..
"Kita nak peperiksaan ni, bukan lagi nak hadam semua info-info dalam buku dan nota untuk dibawa, tapi sekadar untuk buka laci-laci ingatan atas apa yang kita pelajari selama ini"
Akhirul kalam, jangan jadi hamba peperiksaan kerana hanya Allah tuan sebenar kita..
Tingkatkan ibadat, Kurangkan Maksiat
p/s: doakan kejayaan kami menempuh peperiksaan akhir agar berjaya menempah tempat dalam ijazah kelak..dan sama-sama kita doakan kita dan semua yang lain berjaya menempah tempat di syurga di akhirat kelak..InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment