in the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful..
Hari itu hari terakhir peperiksaan dan aku sedang memerah otak menjawab kertas terakhir untuk hari itu..Otak sudah tepu, itulah akibat tidak melakukan persediaan dari awal dan mengulang kaji di saat-saat akhir..Tiba-tiba, teringat peristiwa semalam, bayangan wajahnya menghiasi fikiran..Aku beristighfar..Ah, tiada guna aku mengingatinya..Tapi, ada rasa dalam hati tatkala itu..Cepat-cepat ku hapuskan bayangan itu dan mula menumpukan perhatian kepada soalan-soalan di atas kertas yang minta dijawab sedari tadi..Masa sudah semakin singkat,ada 30 minit lagi, tinggal 1 soalan sahaja lagi yang perlu ku lunaskan sebelum aku berjaya membebaskan diri dari menjadi hamba peperiksaan..Sanggup berjaga malam demi menelaah buku-buku tebal itu..
"Tuk,tuk,tuk" Ah, tidak, aku terlelap di medan perjuangan rupanya, habislah..Ini pasti pengawas peperiksaan..Ku angkat wajah untuk melihat siapkah gerangan yang mengejutkan lenaku.."Bangun, jangan tidur, ada 10minit lagi sebelum masa tamat.."Dan lelaki itu terus berlalu..Ya Allah..Itu dia..Ya, dia yang telah tinggal dalam kotak memori ini sejak semalam..Aku tertanya-tanya "Dia cikgu ke?"
*******************
Peperiksaan telah tamat dan aku kembali menjadi surirumah sepenuh masa sementara menanti keputusan peperiksaan sebagaimana telah ku lalui setahun setengah yang lalu..Suatu hari, adikku mengetuk pintu bilikku lalu meluru ke arah ku sambil tersengih-sengih.."Kak, ada orang datang, pakai cantik-cantik" Ujian apa pula yang ingin Allah beri padaku kali ini? Aku beristighfar di dalam hati, membuang prasangka pada Sang Pencipta seluruh alam..Aku bersiap sekadar menghilangkan wajah lesu dan turun ke bawah ke ruang tamu..
Aku terkedu..
Dia datang bersama keluarganya..Entah bagaimana dia tahu mencari rumahku dan kelihatannya rancak berbual bersama keluargaku..Emak mengarahkan aku untuk ke dapur dan menyediakan hidangan..Di dapur, emak datang dengan senyuman.."Ustaz tuh datang merisik", tika mendengar ucapan emak, aku hampir rebah..Perasaan bercampur baur..Sakit di hati belum pulih sepenuhnya, dan dia datang tiba-tiba membawa berita sebesar ini? Aku belum kenal siapa dia..Bertemu pun cuma sekali dua, itupun tanpa kata sekadar pandangan tidak bererti dan hanya sekali mendengar suaranya tika di dalam dewan peperiksaan..Itupun kerana aku terlelap dan dia pengawas peperiksaan..Hakikat yang baru ku ketahui semasa berborak dengan temanku yang menyatakan ustaz yang menegur ku merupakan ustaz baru yang kebetulan menjadi pengawas peperiksaan untuk kertas terakhir itu.."Kalau belum ada jawapan, katanya dia boleh berikan masa, fikirlah dulu nak"..Emak meninggalkan aku termanggu-manggu di dapur sementelah adik datang mengambil hidangan yang telah ku sediakan..
Kacau..
Seminggu berlalu, tempoh yang diberikan tamat..Aku mulai gusar, jawapan belum ada, istikharah ku tidak menunjukkan apa-apa tanda..Benda yang aku risaukan tiba, dia datang, menuntut janji menuntut jawapan..Aku bingung..Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, aku membulatkan keputusan dan tekad mengatakan ya..Moga ini keputusan terbaik buat kami berdua..Sekali lagi aku dikejutkan dengan keputusannya yang memberi tempoh pertunangan selama 3 bulan sahaja..Ujian lagi kah ini?
Hati ini masih terusik dengan hal silam, takut dan risau, apakah seorang ustaz boleh menerima diriku yang serba kekurangan? Cukup solehah kah aku untuknya? Bolehkah aku menjadi penemannya, menjadi tulang belakang pembantu dakwahnya? Bolehkah aku menjadi ibu pada para mujahid dan mujahidah yang diimpikannya? Redhakah aku tatkala ditinggalkan demi tanggungjawab dakwah yang terpikul dibahunya? Bercelaru, aku buntu..Betulkah keputusan ini? Ku serahkan segalanya pada Dia kerana aku tahu percaturan-Nya lah yang terbaik untukku..Moga tidak tersalah pilihan dan tidak tersilap keputusan..Aku redha..Mempersiapkan diri selama 3 bulan untuk menjadi isteri pada seorang lelaki yang utuh di jalan dakwah..
Tatkala diri sibuk membuat persiapan perkahwinan, kisah silam mengusik memori..Satu pesanan ringkas masuk..Oh, dia yang pernah ku sangkakan bakal pengemudi bahtera bahagia rupanya, yang pernah ku harapkan menjadi imam solat-solat ku.."Semoga berbahagia"..Ringkas tapi menusuk..Dulu, ku harapkan bahagia dari dia, rupanya aku salah..Aku mengharap pada yang salah..Bahagia datangnya dari Dia, maka dari Dia sepatutnya ku pinta bahagia itu, bukan pada manusia, pada seorang hamba, tapi pada pencipta kebahagiaan itu sendiri..
Kesilapan yang ku buat telah dibalas dengan kekecewaan yang teramat..Dia mentarbiyyah aku dengan kekecewaan itu, menyedarkan aku betapa aku mengharap pada yang salah, meminta pada yang salah dan mengajar aku untuk kembali mendekatkan diri pada-Nya..Ya, aku salah tika itu..Bertahun-tahun menyulam kasih dengan dia yang belum pasti menjadi teman hidupku..Aku bersyukur Allah masih sayang, masih ingin aku kembali mendekatkan diri pada-Nya..Walaupun hati sakit, tapi sakitnya berbaloi-baloi..Kesannya sekarang bukan?
Aku lupa tika itu pada janji Allah bahawa;
Bukankah janji Allah itu pasti? Tapi ketakutan dan kerisauan tidak mendapat sebagaimana yang diiginkan mengatasi keyakinan..Silap di situ..Aku lupa..Tapi kini aku sedar, telah ku tinggalkan cinta demi Cinta..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (An-Nuur 24:26)
Bukankah janji Allah itu pasti? Tapi ketakutan dan kerisauan tidak mendapat sebagaimana yang diiginkan mengatasi keyakinan..Silap di situ..Aku lupa..Tapi kini aku sedar, telah ku tinggalkan cinta demi Cinta..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
********************
Kini, aku bahagia dengan Cinta dan cinta..Sungguh, pengharapan yang benar perlu diletakkan hanya pada-Nya..Dikurniakan suami yang soleh dan anak-anak yang dengan izin-Nya juga akan menjadi pejuang agama-Nya..Terkadang suami mengusik mengenai kisah silam itu, tapi aku senang, senang kerana dia menerima aku seadanya..
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (Ar-Rahmaan 55:28)
p/s: Percubaan pertama menulis cerpen, moga bermanfaat..Oh, ini merupakan kisah benar seorang ukhti..

4 comments:
MsyAllah..info yg sungguh bermkana...
http://azamfillah.blogspot.com/
masyaAllah,u are very talented in writing..keep it up...
azamfillah- alhamdulillah
anon- alhamdulillah..insyaallah..
=)
Post a Comment