in the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful..
Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; (Al-Furqaan 25:63)
Ikut rasa binasa, ikut hati mati, ikut nafsu lesu, ikut akal dangkal..Maka bagaimana? Ikutlah iman, Insyaallah, aman..Begitulah, tapi sering, rasa lebih semarak, hati lebih semangat, nafsu lebih tinggi, akal lebih hebat berbanding iman yang sering goyah dan semakin rapuh..
Kita sedar, seseorang yang telah lama melakukan sesuatu pasti agak susah dan payah untuk meninggalkannya bukan? Begitulah kita..Hijrah itu payah, Hijrah itu susah, Hijrah itu sukar..Tapi akhirnya manis bukan?
Tak mahukah meninggalkan sesuatu yang manis untuk mendapatkan sesuatu yang berganda-ganda lebih manis?
Persoalan itu untuk diri sendiri yang lemah ini..Kamu tahu bukan siapa aku sebelum ini? Mereka kata, jangan fikirkan sangat siapa kau sebelum ini, tapi fikirkan siapa kau sekarang, dan untuk apa kau menjadi kau yang sekarang, dan apakah kau ingin kekal sebagai kau yang sekarang atau mahu menjadi lebih dari kau yang sekarang?*putarbelithabis*
Pergi itu sukar..Pergi itu sukar..Pergi itu sukar..
Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (An-Nisaa' 4:100)
Lebih-lebih lagi meninggalkan diri kau sendiri, bagaikan cuba untuk meninggalkan bayang-bayang, mustahilkah? Tidak..Hilangkan cahaya, hilanglah bayang-bayang..Tapi hilang cahaya bermakna dirimu juga tidak terlihatkan..Kan? Biarlah cahaya itu terus terang menerangimu, bayangmu kan semakin pendek..Sungguh, ia akan terus mengikutimu ke mana jua, tapi perlu kau ingat, bayang-bayang tidak akan pernah dan mampu melakukan sesuatu padamu..
Berhijrah bukan mahu meninggalkan yang lama untuk yang baru saja, alangkah baiknya jika dapat bawa bersama yang lama untuk di'recycle'? Jangan buang yang keruh semuanya, kerana di dalam air yang keruh masih ada yang jernih (Ta'dib, 2011)..Buang saja kotorannya, bukan airnya..Tak elok membazir..
Salam Tahun Baru Hijrah 1433 27 November 2011..Walaupun agak awal..Siapa tahu tak sempat..Kan?
Hijrah bukan sebarang hijrah, tapi hijrah iman mengejar taqwa..Insyaallah..
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah 2:218)
Tingkatkan Ibadat, Kurangkan Maksiat
p/s: Cakap pasal hijrah teringat sahabat bernama Hijrah itu, kau rindu aku tak?
p/ss: Berhijrahlah selagi mampu..
p/sss: Sedang dalam proses mencari tempat penghijrahan baru, doakan berjaya..
p/ssss: Agak-agak hensem tak kalau aku naik motor? Nak motor besar punya..Tapi kesian tak ada lesen..
p/ss: Berhijrahlah selagi mampu..
p/sss: Sedang dalam proses mencari tempat penghijrahan baru, doakan berjaya..
p/ssss: Agak-agak hensem tak kalau aku naik motor? Nak motor besar punya..Tapi kesian tak ada lesen..
No comments:
Post a Comment