اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
لا إله إلا الله محمد رسول الله
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujuraat 49 : 6]
Biar aku hina di mata manusia demi mengejar Redha-Nya

30 November 2011

Selamat Hari Lahir Diriku

in the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful..



Lama benar tidak menulis bukan? Lantaran kesibukan melanda, mencari ibrah(pengajaran) di tempat orang, mengejar ilmu dari para 'alim(mengetahui)..Terlalu banyak ilmu, cerita dan kisah yang dapat diteladani hasil permusafiran di sana..Mengenal insan-insan yang terasa dekat di hati..Tidak sampai sehari pun mereka ditinggalkan, namun hati sudah merindui..Hati ditaut berdasarkan cinta kepada-Nya..

Jika diberi peluang, pasti lebih banyak masa mahu diluangkan bersama mereka, tapi memandangkan ada perkara yang lebih aula, maka terpaksa dilupakan niat itu..Seminggu merantau, pelbagai karenah manusia ditemui, bermacam ragam insan dikenal..Macam-macam jenis makanan pun dapat rasa..Rugi tak cuba, kan?

Dalam masa yang sedikit itu pun, macam-macam pengalaman boleh kita dapat, inikan pula dalam tempoh 19 tahun..Pahit manis masam tawar masin, semua kita yang rasa..Teringat 1 kata-kata dari takingatsiapa "Kalau kita cari yang manis dalam kenangan pahit, mesti tiada kenangan pahit di dalam hidup kita, tapi kalau kita cari yang pahit dalam kenangan manis, pastinya tiada yang manis kita temui.."

Resap ke hati..

Bila kita sentiasa fikir yang positif, berprasangka baik pada Allah, pasti kita jumpa kebaikan dalam semua yang berlaku pada diri kita dalam hidup kita, maka hilanglah segala kesengsaraan dan kedukaan..Bukan?

Sukar bukan? Tapi paksalah diri kita, hilangkan ego..Belajar menerima kenyataan bahawa kita ini lemah dan tidak punya kuasa tapi ingat Allah ajar kita untuk berusaha dan meminta pada-Nya..Apa yang telah berlalu jangan cuba buang dari ingatan kerana itu mustahil berlaku melainkan dengan kehendak-Nya..Allah sentiasa memberi peluang pada kita untuk berbuat kebaikan dan menaikkan darjat disisi-Nya..Kenapa tak mahu ambil peluang melalui segala ujian itu?

Apa bezanya seorang peniaga dengan seorang penganggur? Tentulah peniaga memanfaatkan waktunya untuk berniaga dan mengutip hasil manakala penganggur hanya menunggu durian runtuh datang tanpa melakukan apa-apa, sia-sia bukan?

Maka pilihlah olehmu..Peniaga ataupun Penganggur?

Allah tidak melihat selama mana hayat yang kau ada, tapi pada apa hayat yang dikurniakan padamu itu kau habiskan..Bukan dilihat pada berapa banyak harta yang dapat kau kumpulkan selama hidupmu, tapi berapa banyak amalan dengan ikhlas yang kau buat selama hidupmu..

Dan

Di manakah agaknya kedudukan kita disisi-Nya kelak menurut berapa banyak amalan kita itu?




Selamat Hari Kelahiran Wahai Diri, Moga kau sentiasa dalam Lindungan-Nya, Rahmat-Nya, Kasih Sayang-Nya dan Redha-Nya..Insyaallah..



Tingkatkan Ibadat, Kurangkan Maksiat







p/s: Umur dah 19 tapi apa pun tak ada lagi, tengok kawan-kawan sebaya yang terlihat kedekatan mereka pada-Nya, cemburu amat..Seberapa manakah dekatku pada-Nya?

al-Fad'aq+al-Aydrus+al-Haddad
I Miss You Geng Ninja

4 comments:

kepok lekor said...

hehe~
sanah helwah!!

smoga istiqamah dgn amal,
upgrade ilmu n iman..

=)

Unknown said...

syukron kepok lekor..
insyaallah..
aamiinn..

ash_mza said...

Hebat! Allahu...:)

Unknown said...

subhanallah..alhamdulillah..