اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
لا إله إلا الله محمد رسول الله
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujuraat 49 : 6]
Biar aku hina di mata manusia demi mengejar Redha-Nya

08 July 2013

Hijrah Ramadhan

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Sempena nak menyambut Ramadhan.
Aku berhijrah.
Tiada lagi thalibulilm.
Dengan ini.
Aku tinggalkan kenangan di sini.
Untuk dibaca sebagai kenangan.
Berhijrah dengan harapan mendapat kebaikan.
Maaf salah silap.
Maaf jika pernah terkasar bahasa.
Maaf jika pernah terumpat sesiapa.
Maaf jika pernah terkutuk sesiapa.
Maaf jika pernah sesiapa terasa.
Maaf.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

01 July 2013

Ujian Jerebu

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

"you tahu tak eczema tuh alahan?? you tahu tak asma tuh alahan?"
blurred. tak tahu nak cakap apa pada Puan D.
gelak je. zauji pun senyum je.
Asyik bertemu Puan D sejak akhir-akhir ni.
Segala macam benda bulat dan lonjong perlu ditelan.
Ada juga macam krim putar.
Kalau sedap takpelah.
Sabar je lah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah benar-benar akan menguji hambaNya dengan penyakit, sehingga ia menghapuskan setiap dosa darinya. (H.R. Al-Hakim)

Tak ada seorang pun yang akan terlepas dengan ujian. Tak ada. Kita ni hamba dan kita layak diuji. Ada orang diuji dengan isteri/suami(soleh/zalim), ada orang diuji dengan anak(soleh/degil), ada orang diuji dengan harta (miskin/kaya) dan ada orang diuji dengan penyakit. Setiap ujian ada cabarannya, ada caranya. Yang terus bersabar dan bersyukur dengan ujian, orang itulah yang mendapat kemenangan di akhirat kelak.

Aku?
Ini sedikit saja.

"Bersyukurlah. Tengok orang lain yang kena seluruh badan. Lagi teruk"

Diam dan tunduk.
Betul kata zauji. Bila kita kena musibah, kita tengok orang yang lagi susah dari kita. Bila kita buat ibadat, kita tengok orang yang lebih hebat dari kita.

Kadang mulut boleh cakap, tapi dalam hati masih mempersoal. Kenapa aku? Ya. Sebab Allah nak tingkatkan darjat. Kan kita selalu minta diberi kesabaran, diberi kekuatan, minta masuk syurga. So, sekarang Allah sedang beri latihan kesabaran, latihan kekuatan dan bekal masuk syurga. ^__^

Tanggungjawab?

Terasa berat. Terasa sedih. Terasa bingung.
Sudah cuba dikatakan. Hidup akan berbeza.
Mereka minta untuk mencuba. Mereka minta untuk bersabar.
Sedang berusaha.
Sedang mencuba.
Mampu ke?
InsyaAllah.
Allah nak sediakan jadi lebih hebat kan??

Baru sedikit, takkan dah letih??
Macam mana nak ada 12 mujahid?
Moga terus diberi kesabaran dan kekuatan pada diri dan yang lainnya.

Mohon maaf atas ketidaktanggungjawaban yang berlaku. -___-

27 June 2013

Isteri Orang Sudah

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.


"Banyak sebenarnya kata-kata husband yang nak dikongsi, tapi rasa segan pula nak cakap kat facebook."
"Update lah blog."

^___^

Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Kini status menjadi isteri orang. Hilang risau, hilang gundah. Tenang terasa setelah halal. Walaupun terpaksa berjauhan. Kini Allah redha dengan hubungan ini.

Macam mimpi. Rasa macam baru sangat kenal. Bertemu mata hanya 3 kali sebelum menikah. Kebetulan? Dalam hidup tiada kebetulan. Semuanya takdir ilahi. Telah tertulis sejak azali.

Alhamdulillah.

"Akak dah buktikan, kenal kat internet pun boleh menikah."

Ya. Alhamdulillah. Zauji ikhlas. Zauji berani. Zauji sabar. Biiznillah kami bersatu.

"Best tak kahwin?"

Inilah soalan yang selalu buat diri tergamam. Rasa nak menangis, rasa nak gelak kuat-kuat pun ada. Tapi selalunya terdiam sejenak. Soalan itu buat diri teringat pada zauji. Zauji yang sentiasa sabar dengan diri yang kuat merajuk, zauji yang sentiasa mendengar curahan dan omelan diri dan zauji yang sentiasa cuba menggembirakan diri.

Allah. Rindu.

Agak-agak best tak kahwin? Cuba lah kalau nak tahu. (Jangan cuba-cuba.)

Kahwin bukan semata ada suami dan isteri. Kahwin juga bermaksud ada ibu mertua, ayah mertua, adik ipar, abang ipar, kakak ipar (kes kami tak ada), nenek suami, makcik suami, pakcik suami, saudara suami etc.

Alhamdulillah. Keluarga mertua sangat daebak (awsome)! Mungkin sebab menantu pertama kot. Atau memang menantu yang ni terlebih comel lagi terbaik. Woha.

Dulu kena jaga keluarga kita saja, sekarang kena jaga 2 keluarga. Kena lebihkan suami dalam segala hal. Bila datang rasa letih dan penat layan suami kena cepat-cepat istighfar. Ingatkan diri, setiap khidmat seorang isteri pada suami tuh tak sia-sia. Bukan balasan suami yang kita perlu tapi redha Allah semata.

Cinta tanpa syarat. Cinta tanpa mengharapkan balasan. Inilah cinta yang Allah dan Rasulullah s.a.w ajarkan pada kita.

Rasa pelik. Sekarang dah boleh bercerita tentang cinta pada seorang lelaki di sini. ^__^ Cinta pada seorang lelaki bergelar suami, bukan seorang lelaki sahaja. Rasa tidak terbeban. Rasa tenang. Boleh mencintai tanpa ragu.

Sahabat, menikah hanya salah satu jalan. Ada banyak lagi jalan yang boleh dipilih sebelum menikah untuk salurkan rasa cinta kasih dan sayang itu. Those who cannot love themselves, cannot love. Objektif menikah itu bukan semata menghalalkan perhubungan antara seorang lelaki dan wanita sahaja malah lebih besar dari itu.

Lastly, kalau nak kahwin dengan orang jauh, sila dahulukan kehendak suami tanpa mengecilkan hati keluarga sendiri. Pandai-pandai deme lah macam mana. Keh pun tak reti lagi. Setakat ni, keh ok je balik lipih ke balik sabah kah. Keh cuba sedaya upaya nak menggembirakan suami keh. ^__^



Tingkatkan Ibadat,
Tinggalkan Maksiat.