in the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful..
Hati diketuk soalan "apa pengorbanan yang telah kau lakukan?"
Ibadat korban itu bukan sekadar menyembelih binatang ternakan, bukan semata-mata melihat berapa banyak harta dihabiskan untuk melaksanakan korban..Ia lebih dari itu..Menilai keikhlasan hati kita sejauh mana kita sanggup berserah demi Islam..Ya! Tidak ada apa yang mampu menghalang kita untuk mengejar redha-Nya, segalanya kita lakukan untuk mencapai matlamat tersebut..
Tanyakan pada diri apa yang telah kita korbankan ke jalan-Nya? Kita lihat pengorbanan para rasul, nabi, sahabat dan alim ulama', mampukah kita berkorban sebagaimana mereka? Segalanya mereka lakukan demi Dia bagai sang kekasih yang berkorban segalanya demi Kekasihnya..
Jauh, sungguh jauh dari diri ini..Untuk meninggalkan kerja-kerja dunia saja belum sanggup, apatah lagi mengorbankan segala yang disayangi untuk mendekatkan diri dengan-Nya..Sanggupkah?
Korban bukan hanya mengorbankan unta, lembu, kerbau dan kambing untuk disembelih tapi lebih daripada itu..Lebih!
p/s: Berhari raya di perantauan juga satu pengorbanan bukan?

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (At-Taubah 9:24)
Tanyakan pada diri apa yang telah kita korbankan ke jalan-Nya? Kita lihat pengorbanan para rasul, nabi, sahabat dan alim ulama', mampukah kita berkorban sebagaimana mereka? Segalanya mereka lakukan demi Dia bagai sang kekasih yang berkorban segalanya demi Kekasihnya..
Jauh, sungguh jauh dari diri ini..Untuk meninggalkan kerja-kerja dunia saja belum sanggup, apatah lagi mengorbankan segala yang disayangi untuk mendekatkan diri dengan-Nya..Sanggupkah?
Korban bukan hanya mengorbankan unta, lembu, kerbau dan kambing untuk disembelih tapi lebih daripada itu..Lebih!
p/s: Berhari raya di perantauan juga satu pengorbanan bukan?
No comments:
Post a Comment