اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
لا إله إلا الله محمد رسول الله
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujuraat 49 : 6]
Biar aku hina di mata manusia demi mengejar Redha-Nya

04 November 2011

3rd & Last Day At Langkawi

in the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful..

24 Oktober 2011- 3rd Day At Langkawi


pagi-pagi lagi kami bergerak menuju Look-Out-Point a.k.a Pemandang Indah..dan disajikan pemandangan alam ciptaan Esa yang indah..bukankah merenung ciptaan-Nya mengingatkan kita kepada Dia? "ala bizikrillahi tathmainnul qulub" maksudnya, dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang (ar-Ra'ad:28)



Perjalanan diteruskan ke Beras Terbakar..pusing-pusing kami mencari..eh, rupanya kat tempat pasar malam semalam..aiyoo..dah sampai, nampak kedai berlambak tapi tak ada pun beras terbakarnya..hampa..-__- alang-alang dah sampai, kononnya masuklah tengok-tengok kedai..rupanya ada kat hujung..adeh..Tapak Beras Terbakar

Salah satu contoh pengorbanan orang-orang terdahulu..beras dibakar, agar tidak diambil dek orang Siam..bukan kedekut, tapi atas keselamatan diri..refleksi diri, sejauh mana pengorbanan kita demi diri, keluarga dan AGAMA? sanggupkah melepaskan segala nikmat yang diberi demi menegakkan AGAMA? jauh sekali bukan?

Perjalanan diteruskan lagi ke Makam Mahsuri..



Bukankah ini salah satu contoh fitnah wanita yang memakan diri dan orang sekeliling? kecantikkan diperlihatkan dan menjadi bualan orang..maka timbul niat jahat orang yang berpenyakit hatinya..hasilnya? satu kebanggaan? nilai sendiri..

Perjalanan diteruskan..balik ke Pekan Kuah..Ke Langkawi Fair pula kali ini..ada orang nak beli barang hantaran..ok, kita ikut..pastuh, orang lain yang nak membeli, orang lain yang shopping..hati mula dibisik syaitan, rasa geram terkumpul, rasa nak marah pun timbul..tahan-tahan, relax-relax, cool-cool..

Kemudian, singgah sebentar ke Masjid al-Hana untuk melaksanakan tanggungjawab seorang hamba..Teringat kata seseorang "inilah tempat dia selalu solat isyak berjemaah"..jika dia terbaca, nak buat report, kain langsir pembahagi muslimin & muslimat tak dapat ditutup dengan elok, maka ada yang mendedahkan kawasan muslimat, maka agak tidak selamat..takut aurat terdedah secara tidak sengaja sebab tak perasan pun..waktu tuh perasan sebab tengah tunggu yang lain solat setelah diri selesai, pastuh dok perhati masjid & ambil gambar dalam masjid..tanya yang lain, perasan ke tak kain-kain tuh tak tutup elok, katanya tak perasan, sebab tak pakai spec..sila laporkan kepada pihak AJK masjid..

selesai solat, yang lain mahu ke Haji Ismail Group membeli coklat, encik driver pula memaksa-maksa ke UnderWaterWorld, tapi diri memberontak mahu ke Dataran Lang..bukan apa, Dataran Lang tuh kalau tak pergi memang tak sah lah kan, underwaterworld tuh lain kali pun boleh..maka terjadilah sesuatu yang tidak patut terjadi..menyesal pun tak boleh, sebab dah terjadi pun..memang lemah betul bab emosi-emosi ni..banyak lagi kena perbaiki diri..-___-


Hasil pemberontakan, dapat juga ke sini..

sedih..rupanya helang tengah di repair..-__-

maka diri pun membawa hati lara, duduk di situ menikmati angin laut..mula tuh ada juga beberapa family jalan-jalan kat sana..bila dah beberapa minit duduk melayan perasaan memerhati ciptaan-Nya..toleh kanan..toleh kiri..eh! seorang diri rupanya..terus melayan perasaan hingga dipanggil kakak..pastuh, pergi ke Haji Ismail Group membeli coklat..sekarang ni kalau nak cakap coklat tuh kat mana, semua dah dicerna dalam perut masing-masing..

Pada malamnya, permintaan dari hari sebelumnya untuk ke restoran arab itu dipenuhi..bergerak berjemaah ke Pantai Chenang kali ini..sebelum tuh, singgah di airport, hantar kawan kakak tuh, dia kena balik dulu, sebab keesokkann harinya dia perlu bertolak ke Sarawak pula..

Telaga Arabic Restaurant

di sini bukan makan rasanya, tapi melantak..1 hari tak makan nasi, memanglah kan..


25hb Oktober 2011- Last Day At Langkawi

dah habis packing barang semua masuk dalam kereta, check out dari homestay, maka peluang terakhir menjelajah Langkawi tidak disia-siakan..kali ini, mencari pantai..nama je bercuti di Langkawi, tapi 1 aktiviti air pun tak buat, even pergi pantai pun tak lagi..-__- setelah terlihat semacam ada 1 jeti yang sangat panjang waktu kat look out point tuh, dok tercari-carilah kat mana jeti tuh..pastuh tak jumpa-jumpa juga, tapi terjumpa tempat ni..


cantik! tapi tak tahu kat mana..sempat juga berposing sakan di sini sebentar..mulanya dah putus asa, tak tahu dah pantai kat celah mana lagi nak pergi..di saat-saat terakhir tuh, encik driver terlihat lah pulak suatu pemandangan yang cantik..rupanya......jeng.jeng.jeng

Pantai kat belakang Pelangi Beach Resort..

alhamdulillah..dapat juga main air..insyaallah..dikesempatan akan datang, kalau ada rezeki pergi Langkawi lagi, mesti nak main air puas-puas, pergi naik buat semua..rugi tak pergi!


tapi..macam yang dia cakap.. "We'll see how Allah plans."..
ya..insyaallah..with Allah's will..next time nak buat family trip pula..jauh perjalanan luas pemandangan..lebih banyak pengalaman dan tarbiyyah secara langsung atau tidak langsung..bukan?

Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-'Ankabuut 29:20)

No comments: