اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
لا إله إلا الله محمد رسول الله
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujuraat 49 : 6]
Biar aku hina di mata manusia demi mengejar Redha-Nya

20 September 2011

Tugas terakhir & Deactivate MukaBuku

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..
Selesai juga tugasan terakhir buat semester ini..semester terakhir untuk PPISMP..tahun depan dah masuk DEGREE!!! insyaallah..rasa macam tak percaya pun ada juga..tak sedar-sedar umur dah 20 tahun depan? *pengsan*

Mungkin dengan berakhirnya tugasan ini, hidup akan menjadi lebih tersusun..boleh tambah amalan dan gerak kerja dakwah..tapi, bagaikan semakin banyak program yang menanti, semakin banyak kerja yang menanti..

kena ingat selalu, Allah beri supaya kita sedia untuk hadapi dugaan yang lebih besar pada masa akan datang..

Oleh itu, tugasan terakhir ini belum bermakna kerja dah habis, tinggal tunggu final exam..tak..mungkin tugasan a.k.a kerja kursus untuk semester ini, inilah yang terakhir..namun tugas kita sebagai hamba Allah tak pernah berakhir..

Hari ini juga, akaun muka buku a.k.a lembaran dakwah ku, telah ku deactivate..mungkin buat sementara waktu, mungkin buat selamanya..entahlah..tunggulah satu masa yang sesuai..akan ku fikirkan jalan terbaik..

diri ini terasa letih dan lelah..namun, perlu dikuatkan juga demi meniti hari-hari mendatang..

akhir kalam, jangan selalu mengharapkan jalanmu akan dipermudahkan kerana kelak kau akan menjadi seorang yang lemau, tapi mintalah agar kau sentiasa dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian, nescaya kau akan menjadi srikandi yang hebat!
Wanita, bidadari dunia yang dirindu syurga..



Tingkatkan Ibadat, Kurangkan Maksiat