"Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah. . . " (as-Saff 61:14)
Selalu terfikir..
Macam mana nak jadi pembela agama Allah kalau diri sendiri pun
masih bergelumang dengan maksiat.?
Kita boleh plastik*hipokrit* depan orang..
tapi kita sedar siapa diri kita yang sebenarnya..
Siapa tidak mahu jadi seperti mujahidah-mujahidah
yang kuat untuk thabat di jalan dakwah,
kuat untuk thabat dalam menjaga diri,
menjadi mawar penuh duri..
Sentiasa sedaya apa cuba memastikan
iman akan terus meningkat..
Subhanallah..
Aku lemah..
Selalu tersungkur..
Mencari-cari kekuatan..
Tapi tak mampu..
Memohon agar dicampakkan sedikit kekuatan
dalam diri agar dapat berjuang sebagaimana mereka..
Cemburu melihat kedekatan diri mereka dengan Allah..
Sedangkan diri ini semakin jauh..
Di mana kekuatan kita tanpa redha ALLAH?
Di mana kejayaan kita tanpa redha ALLAH?
Moga terus thabat..
Tingkatkan Ibadat, Kurangkan Maksiat
*thabat- tetap, kekal
No comments:
Post a Comment