اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
لا إله إلا الله محمد رسول الله
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujuraat 49 : 6]
Biar aku hina di mata manusia demi mengejar Redha-Nya

28 September 2011

Berubah untuk siapa?

Pada yang masih keliru,
jika kau tak takut Allah,
jika kau tak takut pada hukum Allah,
maka untuk apa kau takut pada manusia?
pada ciptaan Allah?

Jika kau tak patuh pada Allah,
Jika kau tak taat pada Allah,
maka untuk apa kau patuh pada manusia?
pada ciptaan Allah?

Allahu Rabbi.!.

Pada yang mahu berubah,
Sebelum kau berubah,
sebelum kau mengambil langkah untuk berubah
sebelum terdetik dalam hatimu melakukan perubahan itu,
luruskan dulu niatmu,
tanyakan pada dirimu pada hatimu,
untuk siapa kau berubah,
kenapa kau berubah..

Aku Kau Kita
Semua tahu,
perubahan demi sesuatu yang TIDAK KEKAL,
pasti juga TIDAK KEKAL..

Bukan niat membantutkan niat murni itu,
sekadar buat kita sama-sama berfikir..

Pandangan insan atau pandangan Allah lebih penting?

Jika lurus ikhlas tulus niatmu maka teruskan..

hilang kasih insan miskin dunia,
hilang MARDHATILLAH bankrap dunia akhirat..*nauzubillah*



p/s: peringatan buat diri- hamba hina dina

No comments: