اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
لا إله إلا الله محمد رسول الله
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujuraat 49 : 6]
Biar aku hina di mata manusia demi mengejar Redha-Nya

12 September 2011

Jundullah

Kita semua adalah Jundullah..
selagi kita mengakui kalimah tauhid
Lailahailallah, Muhammadar Rasulullah..
Setiap Muslim di muka bumi ini adalah Jundullah!
TENTERA ALLAH!

sebagai jundullah, sudah tentu tugas kita adalah untuk menegakkan kalimah Allah..di mana pun kita, siapa pun kita, itu adalah tanggungjawab yg perlu kita galas..

seorang tentera diberi gaji, begitu juga kita, setiap apa yg kita lakukan ikhlas semata-mata kerana Allah, dikira ibadat & diberi ganjaran yg setimpal perbuatan tersebut..

seorang tentera mestilah sangat berdisiplin iaitu mengikut segala peraturan & undang-undang yang telah ditetapkan..begitu juga kita, kita mestilah patuh & taat pada setiap suruhan dan larangan Allah..untungnya kita, setiap suruhan & larangan Allah, kebaikannya kembali kpd kita..contoh, kalau kita tutup aurat, apa yg Allah dapat? tiada..malah kebaikan adalah untuk kita..lihat betapa sayang & kasihnya Allah pada ciptaan-Nya..segala-segala yang Allah ciptakan semuanya adalah demi kebaikan..SubhanAllah..tapi jarang-jarang sekali kita sedar..

seorang tentera mestilah berpenampilan seperti seorang tentera..begitu juga dengan kita, pakaian & tingkah laku kita mestilah menunjukan keislaman kita..

tapi


mana semangat ketenteraan kita???
MERDEKA.!!! kuat kita laungkan..tanda berbangga akan kemerdekaan yang dikecap negara..
tapi, apa yang kita buat untuk memastikan negara kita benar-benar merdeka?
begitu juga dengan Islam..
sudahkah kita bertanya pada diri..bila kali terakhir kita lakukan sesuatu demi Islam?
bila kali terakhir kita laksanakan tanggungjawab kita untuk membawa manusia kepada Islam?
berani lagi ke nak mengaku kita Islam sedangkan tanggungjawab kita sebagai Islam tidak dilaksanakan? sudah cukup fahamkah akan erti Islam itu sendiri?

Allah....

aku malu pada Allah, Rasul ku & diri sendiri..