Masjid sultan ismail, UTM Skudai- Allah saja yang tahu betapa sakitnya belakang ni..rasa macam nak patah..Kalau belakang ni papan dah lama patah dah..sejuk dan damai duduk di dalam masjid ni selepas puas kulit mengeluarkan cecair dengan rancaknya apabila bahang ramainya hamba Allah berkumpul dalam 1 tempat..ni baru bahang di dunia, bahang di akhirat? Neraka? Allahumma ajirna min annar..
Namun, hati ini tidak sesejuk dan sedamai mana Masjid ni..dugaan besar datang lagi..Allah Maha Besar..hati sakit tapi bila fikir-fikir balik, tak payah nak melenting..mungkin ada salah diri, anggap teguran dari orang satu teguran dari Allah..nasihat dari seorang sahabat "mungkin kita rasa kita dah cukup lembut, tapi mungkin Allah nak kita lebih lembut lagi"..teguran itu diterima dengan harti yang rela dan redho dengan hati yang terbuka..
Cuma sedikir terkilan apabila tidak ada seorang pun yang meminta penjelasan..bagaikan semua jari menunding diri ini..Allah Maha Mengetahui..sekarang Allah uji kesabaran dan ketabahan, pasti Allah akan beri balasan setimpal..dan bila hal macam ni terjadi, rasa sangat bersyukur bila sahabat-sahabat menyuap jiwa ini dengan pelbagai nasihat dan penguat semangat..Aku masih di sini kerana Allah..kerana aku tahu, Allah lebih tahu apa yang sebenarnya berlaku, aku tidak takut menghadapi mereka kerana Allah bersamaku..
Kadang terasa hidup bagai tidak adil, tapi Allah Maha Adil dan tidak ada yang dapat menafikannya..Dugaan datang tika keluarga datang menemui dan diri berada jauh dari dugaan tersebut..Allah beri peluang dan masa untuk berfikir dan bermuhasabah diri agar selamat..Allah kenal hamba-Nya yang ini punya kesabaran yang rapuh dan iman setipis kulit bawang, maka Allah hadiahkan percutian bersama keluarga dan kejayaan kakak tersayang..
Maka nikmat tuhan yang manakah yang kamu dustakan?
Dan aku tak mahu meminta lebih melainkan mardhatillah..
Roger and out from UTM Skudai- convo kakak for her master..Alhamdulillah..
Tingkatkan ibadat, Kurangkan Maksiat..
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Al-Baqarah 2:45)
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
لا إله إلا الله محمد رسول الله
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujuraat 49 : 6]
Biar aku hina di mata manusia demi mengejar Redha-Nya
No comments:
Post a Comment