
"Abah, takut!"
"pura-puralah pengsan"
"mana boleh -__-"
"suruh ramai-ramai sambut kat bawah"
"errkkk.."
"tak ada apa lah tuh"
"kalau jatuh?"
"tak ada apa-apalah"
"abah doakan tau"
"ya,ya.."
"^____^"
setelah semua peralatan di tangan..
maka aku pun memulakan pendakian..
menaiki tangga blok TESL ke TINGKAT 2!
dari atas pemandangan nampak macam
"erk, tak adalah tinggi sangat pun, I can do this, they can, why can't I?"
padahal berdiri kat bawah tengok orang kat atas pun dah nak menangis..
tiba-tiba terfikir..
kata nak tolong berjihad di Palestin, semangat berkobar-kobar mendaftar jadi sukarelawan, pastuh nak abseiling pun dah takut, macam ni ke nak jadi mujahidah solehah?
kuatkan hati! moga Allah beri kekuatan..jom pandang bawah!
MAK! tinggi! rasa nak pitam..
tengok dari atas pulak orang lain turun..
eh! excited pulak! nak buat! nak buat!
walaupun tangan dah sejuk, menggigil-gigil dah..
erk! macam mana pulak nak pakai benda tali-tali ni?

pastuh, orang yang tolong pakaikan..-___-
"aku dulu lah! sementara tengah excited & berkobar-kobar"
erk..betul ke ni? tak apa, kita redah ja..I dont want to be the last person standing..aiseh..
"NEXT!"
"SAYA!"
"Saya at-thalibul 'ilm memohon izin untuk turun, Tuan..Am I on delay(???)"
"Bukan delay, bille(tak reti eja)"
"AM I ON BILLE!"
"pegang tali merah tuh, break kat belakang, sekarang lepas tiang tuh & pegang tali merah.."
"LEPAS?"
"lepas je, tak ada apa-apa"
"ok!"
"ha..kan senang.."
"nak turun macam mana?"
"turun perlahan-lahan, tegakkan kaki tuh"
"ok, ok.."
"turunlah, jalan je"
"macam mana ni?"
"betul lah tuh, turun lagi, turun"
"aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..takut!"
dan sampai ke bawah, tak tau berapa banyak kali jerit..-___-
MALU
dah sampai kat bawah, kaki dah jejak tanah..
tapi menggigil lagi, nak cakap pun susah..
balik asrama jumpa sahabat
"baru balik ke?"
"ha'ah..weh, aku berjaya buat abseiling tadi, percaya tak?"
"pakai baju ni?"
*angguk-angguk*
"pj ke?"
*angguk-angguk* "rekreasi"
tiada penghalang untuk mengikut syariat..
tinggal mahu tidak mahu dan mohon kekuatan dari Allah..
***************************************************************************
"Awak at-thalibul 'ilm?"
"ya, saya..ada apa encik?"
"tahniah, awak terpilih menjadi wakil IPG ke kuiz PNB di Kelantan 4hb ni"
-_____________________-
panggilan dari En.Shahrul sangat mengejutkan, mematikan urat saraf seronok dan excited setelah duduk beberapa hari di Putrajaya, berkhidmat untuk negara bagi sambutan Hari Malaysia, 16 September 2011 yang lalu..potong betul lah..-__-
fikir punya fikir, macam mana ntah boleh dapat markah banyak pulak..
pergi jawab kuiz dulu, dengan baru bangun tidur memang tak prepare apa-apa lah..
tup tup, terpilih ke peringkat separuh akhir?
SEE???
tuh bukti Allah yang tentukan rezeki kita, && kita pun tak tahu perancangan Allah..
ok,ok..kita husnu'zon..Allah bagi peluang ke Kelantan lagi sekali tuh..
kan memang nak sangat ke Kelantan? kan?kan?kan?
&& pagi tadi..
"Assalamu'alaikum, saya En.Shahrul, ni at-thalibul 'ilm kan?
free tak hari ni? nanti datang jumpa saya di HEP boleh?"
"wa'alaikumussalam..kelas habis jam10 lepas tuh free.."
"ok, jumpa pukul 10"
"saya di kafeteria, jamuan hari raya"
"baik bos"
"ok, awak dah makan kan?"
"ya..kalau tuan nak belanja lagi, boleh juga.."
"boleh-boleh, nanti kita makan di hotel..jangan risau"
"ini beberapa set soalan tahun lepas, saya nak awak cuba jawab, isnin depan jumpa saya"
"InsyaAllah.."
rasa macam dapat batu kena hempap..
dah senget sebelah..
terbang ke Kota Bharu 4hb Oktober, balik KL 7hb Oktober..
Kem di Janda Baik 7hb-9hb Oktober..
pengsan..-__-
tambahan perisa kena belajar tentang perdagangan dan perakaunan???
saham? bond? pelaburan? stok?
"awak kena cari pasal bond-bond semua tuh"
bond tuh apa? james bond?
botaklah lepas ni..
bila fikir balik..
indah perancangan Allah..
nak sangat berjalan, bercuti tak pergi kelas..
nah, free-free dapat ke Kelantan yang memang nak sangat pergi..
memang tak gi kelas pun seminggu..tahniah pada diri sendiri..
Allah ajar, kalau dapat sesuatu, kena buat bersungguh-sungguh..
HARI TUH KALAU TAK NAK JADI WAKIL KUIZ PNB
KENA BUAT BERSUNGGUH-SUNGGUH SUPAYA GAGAL!
seriously!
jawab kuiz dulu, memang tutup mata pun boleh, agak-agak boleh jadi jawapan, TICK!
yang kira-kira memang kira betul-betul, dah lama tak buat kerja matemetik, RINDU!
sekarang, Allah bagi rezeki..
terimalah..takkan nak tolak?
memang tak boleh tolak pun..
macam mana nak belajar semua tuh dan jawab nanti?
Allah janji, setiap kesukaran ada kemudahan..
nak risau apa? belajarlah takat mana mampu..
selebihnya, kita enjoy the holidays..
aip! betulkan niat..
mungkin masa untuk tinggalkan sekejap kuliah, bersihkan hati dan minda..
Allah bagi peluang pergi ke negeri pimpinan ulama..
untung kan??? peluang jarang dapat..
kena guna sebaiknya..InsyaAllah..
jangan bersangka buruk dengan Allah..
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..^___^
2 comments:
tahniah ! tahniah !...;)..
tahniah ! tahniah !...;)..
Post a Comment