اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
لا إله إلا الله محمد رسول الله
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujuraat 49 : 6]
Biar aku hina di mata manusia demi mengejar Redha-Nya

29 December 2012

Manusia Sudah Berubah

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

"Dia dah tak macam dulu.."
"Dia dah berubah"
"Mereka dah jadi 'alim"

Terdengar khabar, terdengar berita, terdengar cerita yang baik-baik sahaja bahawa orang itu orang ini berubah, orang itu orang ini jadi baik.
Alhamdulillah.
What more can i say?
Lihat dalam cermin.
Aku juga.
Aku juga yang masih tidak berubah-berubah melainkan perkembangan fizikal saja mungkin.

"kenapa nak tukar? yang ada tuh elok lagi kan?"
"kalau kereta encik perlu upgrade, laptop & handphone pun perlu upgrade, jaga maintenance."

ramai yang asyik sibuk nak upgrade ini upgrade itu, renovate itu renovate ini, maintain kelajuan ini dan itu, clean ini dan clean itu.
tapi ramai yang lupa untuk upgrade, renovate, clean & maintain kelajuan hati.

hati perlu upgrade iman.
hati perlu renovate taqwa.
hati perlu clean maksiat.
hati perlu maintain kelajuan kejar mardhatillah.

dakwah paling susah bukan nak bagi orang lain dengar cakap kau dan amal apa kau ajar, tapi kau dengar sendiri apa cakap kau dan amal sendiri apa kau belajar.
bukan?
diri kau. diri kau. diri kau.
dalam hal lain, kau perlu jadi orang tak penting diri.
tapi dalam hal ibadat kau perlu jual ikan (baca: selfish)

tengok orang jadi baik, kau patut malu.
tengok orang berubah, kau patut takut.
tengok orang jadi 'alim, kau patut risau.

seronok beronok ronok tak hengat itu boleh, bukan tak boleh.
baguslah. ramai-ramai jadi baik. kau aku kita 1 Malaysia 1 ummah 1 dunia.
tapi malu lah bahawa kau masih di titik yang sama.
malah mungkin menjauh?
makanya, sila takut risau dan malu.

mungkin kau rasa, i'm okay, i've done that, been there.
aku dah lama berubah. kau orang ketinggalan keretapi.
eh. hello!
mungkin kau akan turun di satu stesyen dan duduk diam-diam situ tak gerak mana-mana.
dan lepas ni, orang yang lewat tuh akan tinggalkan kau pergi syurga.
tak takut?

mungkin kau rasa, eh, aku macam ni pun, Allah bagi nikmat lagi.
cuba kau ingat firaun ada kerajaan ada harta ada macam-macam nikmat dapat
tapi ditelan ombak kerna murka Allah.
cuba kau ingat qarun yang punya harta tak tahu banyak mana tapi banyaklah.
tapi ditelan bumi kerna murka Allah.
jangan tunggu sampai kau pun kena telan sekali.

wahai diriku sayang, banyak lihat ke cermin bukan cek yang zohir saja, check it out your batin.
agak-agak kau tergolong dalam golongan di sayang Allah dan Rasul ke?
sob.sob.sob


p/s: kadang-kadang Allah campak musibah melalui kehilangan amal-amal kita. lebih rugi dari hilang duit atau tak lulus exam.

No comments: