اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
لا إله إلا الله محمد رسول الله
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujuraat 49 : 6]
Biar aku hina di mata manusia demi mengejar Redha-Nya

05 January 2013

Kembali Ke Sekolah

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Lafaz syukur atau tahmid yang selalu bermain di mulut tapi tidak terkesan di hati.
Contoh paling mudah, sebelum makan beria-ia baca doa, lepas makan langsung lupa nak baca doa.
Banyak lagi benda yang kita dapat lepas minta tapi lupa nak bersyukur selepas itu.
Bersyukur juga bukan sekadar bertahmid, tapi dengan cara menggunakan nikmat yang diberi dengan sebaiknya dan sebetulnya.

Ceritanya. Bersyukur dapat kembali ke madrasah tercinta.
Bumi tarbiyyah bagiku yang sering dipandang serong masyarakat.
Ya.
Kuala Lumpur..
Bersyukur dengan nikmat di madrasah tarbiyyah ini yang ada,
AIR!
ahah!
AIR.
Teringat kakak di rumah yang tidak berapa nak jauh sangat dari sini.
Kuala Lumpur kota metropolitan kini mengalami masalah bekalan air.
Alhamdulillah. Syukur sekali lagi.
Bekalan air di madrasah tercintalah sangat ni setakat ni tak ada masalah lagi.
Tapi yalah.
Bersyukur ada. Lafaz tahmid diucap, tapi bersyukur sangat ke bila masih membazir?
huuuuuu..Bila tak ada baru rasa nikmat kan?
Patutlah dugaan/ujian yang paling banyak menimpa manusia adalah jenis tarik balik.
Maksudnya, nikmat yang diberi, ditarik balik tanpa warning atau notis.
sob.sob.sob

Ceritanya lagi.
Sedikit hadiah buat sahabat sempena hari lahirnya pada cuti lalu dibeli sebelum kembali ke sekolah.
Haih. Jangan tanya hadiah apa, tak reti beli benda lain, haruslah buku dan buku lagi..
Terharu tengok, sahabat terus menggunakan buku dan buku lagi itu serta-merta.

Hari ni baru lah gi terjah bilik dia lagi & belek buku yang diberi.
&
Pang!!! Kena tepat kat muka bila baca beberapa bab dalam buku tuh.
Takut. Risau. Sedih.
Aku ke yang dimaksudkan dalam buku tuh?
"Berlagak seperti wanita solehah"
Aku ke yang berlagak macam baik tapi buruk sebenarnya?
Aku ke kat luar nampak macam syurga tapi neraka rupanya?
Ahhh..
Tension.
Aku ke tuh?
Satu penyakit yang akan melanda orang-orang ditarbiyyah ni bila ada orang lain puji, & dia rasa dia dah baik. Mulalah perasan baik. Perasan soleh dan solehah. Mulalah lupa nak muhasabah diri. Mulalah ini dan itu. Yang patutnya syurga, neraka dalamannya. Nauzubillah.
Soalannya, aku ke tuh?
Allah.
Allah.
Allah.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------


p/s: Moga aku yang kemudian kalau panjang umur akan baca kembali post ini dan masih rasa macam kena "Pang!!!" bila baca balik. Kalau aku yang kemudian tak rasa macam tuh, sila "Pang!!!" diri anda betul-betul sekarang sebab anda nampaknya sedang perasan baik.Wahai diri, sila jangan perasan baik! Sebab anda mungkin baik pada diri dan orang lain tapi baik kah pada pandangan-Nya? Renung-renungkan dan selamat beramal.





Selamat Kembali Ke Sekolah 

No comments: