in the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
Melihat yang muda,
"Ah, kau mana tahu apa-apa, aku hidup lebih lama dari kau"
Aku lupa sedikitnya dosa mereka berbanding aku..
Melihat yang tua,
"Mereka hidup zaman lain, mana sama dengan zaman kita, lain"
Aku lupa banyaknya amal kebaikan mereka berbanding aku..
Melihat yang bukan Islam,
"Kau buat apa pun tak guna, kau takkan masuk syurga"
Aku lupa jika mereka beriman, mereka bagaikan anak yang baru lahir bersih tanpa dosa..
Melihat yang jahil,
"Ah, jahil sungguh, pasti neraka bagi kamu"
Aku lupa mereka melakukan maksiat dalam keadaan mereka tidak tahu, tapi aku?
Melihat yang miskin,
"Pastinya kurang sedekah mereka, kurang sedekah maka kuranglah amal"
Aku lupa mereka kurang sedekah kerana kurang mampu tapi aku? Apa aku akan terus beriman jika miskin seperti mereka?
Melihat yang kaya,
"Sungguh boros dan sombong sekali mereka"
Aku lupa mereka dicintai Allah kerana mampu menginfaq harta yang banyak dijalan Allah, tapi aku? Berapa banyak telah aku infaqkan pada jalan-Nya? Apa aku akan terus beriman jika kaya seperti mereka?
Terlalu sibuk melihat cermin orang hingga lupa melihat cermin sendiri.
Wahai diri, kelak di sana, Allah tidak bertanya tentang hal orang ini dan orang itu atau amal orang ini dan orang itu, tapi kau akan ditanya tentang hal mu, tentang amal mu..
Mampukah kau tika itu wahai diri?
p/s: busuknya dirimu kerana dosa hanya dihidu kau, sanggup kau hidup dalam kebusukan ini? wahai diri.
No comments:
Post a Comment