In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
Ingat lagi kepayahan menghafal pepatah yang diajar guru Bahasa Melayu sekolah rendah dulu.?
Satu pepatah a.k.a peribahasa yang tidak akan terlupa dan paling mudah ialah:
"Bagaikan monyet dapat bunga."
Dulu macam blurred. Siapa nak bagi bunga pada monyet pula?
Pemurah sangat bagi benda cantik pada monyet yang tidak tahu menghargai.
Ya.
Hari ini aku rasa akulah monyet itu.
Monyet dapat bunga, bukan dia tengok simpan elok-elok sayang bunga tuh.
Monyet akan rosakkan, mungkin pijak, mungkin koyakkan, mungkin baling bunga itu.
Akulah monyet itu.
Ya.
Allah bagi nikmat.
Nikmat itu aku sia-siakan.
Malah diguna ke arah maksiat.
Ya.
Akulah monyet itu.
Allah bagi nikmat, aku balas maksiat.
Akulah monyet itu.
Semakin hari semakin jelas ke'monyet'an dalam diri.
Semakin banyak nikmat diterima, semakin banyak maksiat dilakukan.
Akulah monyet itu.
Dan Allah memang Maha Pemurah.
Allah tahu aku buat maksiat.
Tapi aku tetap dapat nikmat.
Allah tahu aku akan buat lagi.
Tapi Allah masih bagi aku nikmat.
Ya.
Akulah monyet itu.
Hari ini aku dapat berita yang tak tahu nak cakap macam mana.
Gembira. Terkejut. Sedih. Sebak. Geram. Risau.
Semua ada.
Gembira: dapat apa aku mahu.
Terkejut: masih dapat apa aku mahu.
Sedih: perangai aku masih tak ubah
Sebak: betapa pemurahnya Dia
Geram: pada diri sendiri
Risau: diri makin alpa
Tadi cakap pada kakak tak kandung
"tahu apa lebih susah dari sabar? syukur. dalam al-Quran sebut sedikit sekali kamu yang bersyukur bukan sedikit sekali kamu yang bersabar. tahu kenapa maqam syukur lebih tinggi dari sabar? sebab orang bersyukur pastinya akan bersabar. dan aku kak, adalah orang yang susah bersabar"
Maka kesimpulannya, dan obviously lah bahawa aku memang kurang bersyukur.
Alhamdulillah. Berita result yang memang capai target itu SANGAT menggembirakan.
Tapi juga SANGAT mendukacitakan, in a way. Bahaya bila terus dapat nikmat, sebab kemungkinan untuk terus lalai dan alpa itu tinggi.
Ingat juga bahawa golongan yang dapat nikmat ada 2, satu jenis ni memang Allah bagi ganjaran kat dunia dan akhirat nanti dapat lagi banyak, yang kedua ni parah sikit sebab Allah sengaja bagi macam-macam supaya dia terus kufur.
Nauzubillah.
Moga aku dalam golongan yang pertama. Amiinn..
Sedih juga tengok sahabat-sahabat yang berusaha betul-betul, banding dengan aku yang banyak main, tapi masih tidak dapat yang dicitakan.
Tapi rasa cemburu juga. Sebab macam cakap dengan kakak tak kandung juga tadi,
"Allah sayang akak. Allah sengaja bagi ujian kat akak supaya upgrade tambah dekat dengan Allah."
Orang yang paling banyak dapat ujian kan para Nabi.
Tapi kena ingat juga, ujian datang dalam 2 bentuk, musibah dan nikmat.
Ujian nikmat lebih besar lagi.
Kalau tengok, ramai lagi orang kaya yang lalai tapi sedikit orang miskin yang alpa.
Dan sedikit orang kaya yang beriman tapi ramai orang miskin yang beriman.
Dan Allah lagi suka orang kaya yang bersedekah.
Sama-sama sedang terima ujian.
Moga kita lulus dalam ujian dunia dan akhirat.
Gagal ujian dunia boleh repeat, gagal akhirat neraka dapat.
p/s: tahniah dan takziah semua. jumpa semester hadapan.
Akulah monyet itu. erk.
No comments:
Post a Comment