in the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful..
Bijaknya syaitan hingga aku, kau, dia dan mereka tidak menyedari bahawa kita sedang di dalam permainan mereka..
Yang seksi disuruh menggoda..
Yang cantik disuruh memperaga diri..
Yang kaya disuruh boros..
Yang miskin disuruh mencari..
Yang kacak disuruh merosak anak dara..
Ahh..itu mereka..mereka yang tidak belajar agama..
Jangan perasan..Tidak seorang akan terlepas..
Pendakwah? Ustaz? Ustazah? 'Alim? 'Ulama?
Semua ada godaan masing-masing..
Digoda menjadi riak..bernilai kosonglah amalanmu..
Digoda menjadi takbur..Tidak mengenal tazkirahlah dirimu..
Digoda menjadi takjub..Menyombonglah dirimu..
Kau katakan taknak kepada couple, didatangkan seorang ustaz/ustazah berjanggur berserban berpurdah bertudung labuh, makanya hanyutlah dikau (pang! kena muka sendiri)
Kau katakan taknak kepada ikhtilat, didatangkan kau sebuah organisasi, maka bercampurlah kamu lelaki perempuan atas nama organisasi (pang! kena muka sendiri)
Kau katakan taknak kepada mengumpat, didatangkan kau teman-teman sefikrah kononnya berbincang mengenai si itu si ini yang bermasalah itu dan ini untuk sama-sama didakwah dan ditarbiyyahkan (pang! kena muka sendiri)
ahh..nota ini sebenarnya memang patut aku tampal dimerata tempat untuk ku baca sendiri..Aku yang patuut..yang patuuut..huuuuu..lepas tuh mula lah cakap aku manusia lemah yang mudah lalai dan alpa, ni salah orang lain lah, tengok aku buat salah tak tegur, habis tuh kau buat apa? relax saja tunggu orang tegur baru nak sedarlah?
wahai diri, tarbiyyah dirimu itu..jangan jadi orang yang cuma mampu bercakap memberi nasihat pada yang lain, sedang hatinya tidak ada pada ketika itu menerima nasihat dari dirinya sendiri juga..
Syaitan itu bijak wahai anak-anakku..
Jika mereka bertungkus-lumus menyesatkan kita, kenapa kita perlu berputus asa mengejar redha-Nya?
Benar sekarang mungkin kau sedih atas apa telah kau lakukan walau setelah melalui proses tarbiyyah, tapi jangan pernah kau berputus asa dari-Nya..He always forgive..Always..
p/s: tolong ingatkan aku..
No comments:
Post a Comment