اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
لا إله إلا الله محمد رسول الله
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujuraat 49 : 6]
Biar aku hina di mata manusia demi mengejar Redha-Nya

22 December 2010

wake me up when december ends

penyakit.penyakit.penyakit

kadang-kadang kita tak sedar..
kita semakin jauh dari Dia..
tapi Dia sentiasa dekat dengan kita..
betapa dia menyayangi kita sedangkan kita sibuk
menyayangi yang lain dan melupakanNya..
kita sibuk merindui yang lain
sedang dia sentiasa merindui rintihan dan doa kita..


aiyooo..
WAKE ME UP WHEN DECEMBER ENDS..

mahu sem baru start..
mahu penat-penat,sibukkan diri, lupakan semua ni..
moga dipermudahkan semuanya..


terkadang kita leka, kita lalai, kita lupa..
fitrah manusia yang mudah leka dengan kenikmatan sementara..
bila sudah ditarik, baru kita sedar siapa yang punya semuanya..


terasa terbeban dengan masalah yang bertimbun..
tapi tak ada masalah pun..
ni lah yang terjadi bila semakin jauh dari Dia, hati tak tenang..

kadang-kadang rasa semua serba tak kena..
rasa nak marah semua orang..
rasa nak hilang, biar semua orang cari..
isk..rasa ni memang pelik..
rasa nak nangis..tapi ntah apa benda yang sedihnya..

benda yang terfikir untuk hilangkan perasaan ni..
dengar bacaan al-quran sambil join baca, zikir & solat..
hati ni betul-betul tak tenang, resah semacam..
padahal semua baik-baik saja..
mungkin terlalu bosan, pengisian tak ada..
syaitan mudah menyerang..
SERANG.SERANG.SERANG

isk..kadang-kadang rasa macam tak betul..
macam ada peperangan dalam hati & minda..
penat..sungguh penat..percanggahan dalam diri..
bukan mudah ya adik-adik nak berubah..
jauh perubahan ni..SUNGGUH..


*****************************************************************

ok..snap out of it bella..
biarkan perbualan serious itu tadi..nanti korang bosan pula..
lalalalalala..

oh! oh! oh!
tak sabarnya nak balik maktab jumpa member-member..
oh! oh! oh!
tak sabar nak jumpa my idol!

ya, aku punya seorang idola..
aku tak nak jadi macam dia..tapi nak lebih..
ngaaaa~ tamak kau bella!
yalah, tengok orang baik, mesti kita nak jadi lebih baik yo!

kenapa dia jadi idola aku.?.
well..
suatu hari..
kami sama-sama dalam satu bas, menuju ke suatu tempat
dengan membawa nama maktab..
aku pakai pakaian yang paling selesa bagi aku..
sehelai jubah hitam dan tudung 45' yang sengaja dilabuhkan
agar nampak macam pakai yang 55'..=p
dalam bas, aku rasa maha bosan..
so, kebiasaan aku untuk mengambil gambar sendiri & rakan-rakan..
waktu tuh, still giat meng'upload' gambar dalam facebook..
sorang sahabat ni tanya lah kat aku apa kes dok amik gambar..
cakap lah kat dorang yang aku ngah bosan..
idola aku ni tengah khusyuk baca ayat quran ke tafsirnya, tak perasan juga lah..
pastuh tiba-tiba dia panggil & hulur kat aku quran serta tafsir tuh..
waktu tuh, meremang bulu roma..
dalam hati terdetik "aku nak jadi lebih baik dari dia"..
start tuh, terus tiba-tiba jadikan peribadi dia ni target..
aku kena jadi lebih baik dari dia..aku pun berubah sedikit demi sedikit..
mungkin Dia nak sedarkan aku dari mimpi indah melalui
seorang sahabat yang berperibadi baik macam ni kot..
dia bukan dari sekolah agama..
tapi dia (maaf cakap) lebih baik dari budak sekolah agama..
aku tau lah..sebab aku kenal sangat budak-budak sekolah agama ni..
ramai yang baik, ramai juga yang memburukan nama sekolah agama..lalalala..
bangga jadi budak sekolah harian..wohooo..

***************************************************************
isk..mesti korang bosan baca aku membebel ni..


bila kita dah berubah jadi lebih baik atau kita dah memang dah baik..(perasan betul!)
jangan angkuh, jangan sombong..bantu orang lain..
tapi jangan paksa, jangan bagi ARAHAN..
bantu, bukan mengarah..
apa kau ingat ni drama.?.filem.?. nak mengarah-arah.?.
ok...bella dah mula merepek makan kerepek..





p.s: moga-moga korang dapat lah isi kalau ada pun dalam entry ni..

2 comments:

tity said...

mungkin juga makhluk merah bertongkat garfu itu sedang menyerang sy....tu sbb macam serba x kena...

at-Thalibul 'Ilm said...

mungkinn..