اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
لا إله إلا الله محمد رسول الله
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujuraat 49 : 6]
Biar aku hina di mata manusia demi mengejar Redha-Nya

31 December 2010

Mengecap kebahagiaan

Pertama kali dalam hidup ini..
Terasa indah..Ya..Terasa indah setelah puas merintih..
Memohon pada yang Esa..
Aku dah menjumpainya..
Janganlah Kau tarik balik setelah kau berikan kepada ku..
Sampai sekarang air mata itu masih mengalir..
PUAS!
Sedih!
Gembira!
Perasaan bercampur baur..
Terasa dekat sungguh denganNya..
Bagai dia depanku dan cuba menenangkan ku..
SUNGGUH!
Jiwa ini bagai dibuai-buai..
Perasaan yang sudah lama ku cari..
Dan hari ini..
Di hari terakhir menurut tahun masihi 2010..
Dia menunjukkan padaku..
Kerana itu aku puas..
Sedih terkenang perbuatan lalu..
Gembira kerana masih diberi kesempatan..
Suatu ketika itu, bagai tersekat nafas..
Terasa nikmat nafas itu bila aku dapat menghelanya buat kesekian kali ini..
Dalam hati ini tidak henti-henti mengucap syukur..
Manis...
Jantung ini masih berdegup laju..
Tak sabar rasa hati ini ingin bersua lagi denganNya..
Merasai ketenangan bersamanya..
Bahagia..
Tiada kata lain..
Hanya BAHAGIA..



p/s: Nak kongsi kegembiraan sebelum ditarik kesempatan ini
walaupun dah 3 post termasuk yang ni untuk hari ni..
Dont worry, esok lusa, 2 minggu sekali, mungkin 1 bulan sekali,
mungkin tak update-update lagi..hoho..Dan air mata masih mengalir tika saat ini..

No comments: