Terfikir sesuatu waktu ngah mandi tadi, siap saja mandi..
terus menghadap laptop, tanpa menghiraukan longgokan baju-baju
yang belum dilipat lagi selepas diambil dari jemuran..
(saja nak bagitau korang aku rajin cuci kain..mengarut lagi..)
today jumpa satu link yang dishare oleh adalah sorang abang tuh..
beliau antara insan-insan yang selalu dapat up kan semangat aku..
tapi dia tak sedar pun kot..haha.. =p i adore him..
bukan sebab dia ustaz hensem, tapi dia, isk..ntahlah..
eleeehh..tak kisah pun nak cakap tentang dia, bukan dia baca blog aku pun..
kan encik syed mohd syahmi.?. (mampus aku kalau dia baca)
eh, aku bukan nak cakap tentang abang tuh..
aku nak cakap pasal benda lain..
stop it bella, jangan mengarut..
untuk faham apa yang aku nak cakap ni, korang kena baca dulu
artikel dalam link ni..KELIK SINI eh, i mean KLIK SINI..
dah baca.?. alright..lets proceed..
merujuk hal tadi tuh..aku ni, remaja..
dan aku sangat rebellious(spelling btl tak)..
so, aku sangat faham apa feeling-feeling nya apabila
sorang insan yang perasan bagus tiba-tiba suruh korang berubah sambil
dan masukkan ayat quran dan hadis dan korang mesti berubah
the next time dia jumpa korang..peehhhh...
mesti korang nyirap kan.?. eleehhh..tak yah perasan bagus juga
yang korang ni positive thinking all the time
dan boleh terima automatic nasihat dia yang sebenarnya satu arahan
dengan serta merta dan esoknya korang terus berubah total..
menurut aku..benda ni lah yang dah berleluasa sekarang..
ramai budak-budak a.k.a remaja yang dah sedar..
yang dah lebih islamik kononnya..
ok, fine..its a good thing..
tapi bila korang more to memberi ARAHAN pada kawan-kawan korang
yang menyimpang dari ajaran agama kita rather than memberi nasihat
ini lah yang menjadi masalah..
korang akan tengok kawan korang tuh lebih menentang korang dari ikut korang..
trust me..i know..aku pun pernah menjadi mereka itu dulu..
so, apa kata kita anggap yang mereka ni biji benih..
biji benih means mereka akan tumbuh, tapi bila, kita tak tau..
untuk terus hidup ia perlu cahaya matahari, oksigen, air dan nutrien-nutrien lain untuk
memastikannya terus subur..kan, kan, kan.?.
kalau tak, ia akan layu dan akhirnya mati..
so, kalau kita bagi baja, siram, biar kena cahaya matahari dalam kadar yang sesuai
ia akan tumbuh dengan subur..siap berbunga or berbuah lagi..
tapi, disebabkan kita yang tak sabar-sabar nak tengok pokok tuh subur,
kita siram pokok tuh hari-hari or kita letak tengah panas atau
kita bagi macam-macam jenis baja kat pokok tuh, pokok tuh akan mati juga..
macam tuh lah juga mereka ni..kita perlu lebih banyak
bersabar dalam menyebarkan dakwah..
..Assabru Minal Iman..
dan, jangan pula sampai suatu saat, kita rasa kita ni dah cukup baik..
sampai tak nak terima pandangan orang lain atau nasihat orang lain..
memanglah bagi kita, biar terpaksa daripada terus jauh dan menyimpang..
tapi, kalau terus push & bagi tekanan, accident nanti..
bukan lagi terus menyimpang, terus jatuh gaung, tak dapat balik dah..
bila kita dah berjaya sampaikan sesuatu pada kawan kita..
dan kita nampak sedikit perubahan, jangan pula ditinggalkan..
iman kita ni lemah, senipis kulit bawang..mesti kita terus jaga..
&& yang perlu kita ingat, bila kita nampak kawan kita yang selalu
kita beri nasihat tuh, lama kelamaan berubah sedikit demi sedikit..
jangan pula perasan yang korang yang bagi hidayah kat dia
dan seterusnya korang perasan hebat..
isk..aku memang tak pandai nak arrange bagus-bagus karangan aku kan..
tunggang terbalik..aku benci karangan, baik BM or BI..
walaupun aku sedar, minor aku BM dan BI..
dan insyaallah aku akan mengajar 2 subjek ni di sekolah nanti..
tapi, lantak lah..yang penting, point yang nak disampaikan, sampai..
tapi sampai ke.?. baik korang cakap ya, kalau tak aku baling ngan kuali..
Akhir kata,
JAGA IMAN JAGA DIRI
yang sayang korang sangat-sangat,
CIK PAH!-__-"
p/s: sakit jiwa bila member-member kat maktab panggil aku cik pah..
so, tolonglah, please-please..janganlah panggil macam tuh..
panggil SHARIFAH full-full..oh ya..kat matrix, dikenali sebagai BELLA..
di maktab lebih dikenali sebagai SHARIFAH..pewwiittt...
mentang-mentang lah aku sorang SHARIFAH dalam batch aku kan.?.
rasa disayangi dan istimewa..(hampir muntah hijau)
No comments:
Post a Comment