اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
لا إله إلا الله محمد رسول الله
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujuraat 49 : 6]
Biar aku hina di mata manusia demi mengejar Redha-Nya

17 December 2010

untuk ustaz-ustaz hensem *pang* kena tampar


janji kali ini taknak merepek dalam post ini..

rasanya sudah lama tidak menaip post yang bermanfaat, yang tak merepek..-__-
baiklah...mulai serious..(betul-betul ni, jangan gelak)
kita mulakan dengan kisah 2010..
..............................................................................................................................................

saya masih seorang yang manja..
saya masih seorang yang nakal..
saya masih seorang yang kuat main..
saya masih seorang yang kuat buli..


tapi saya tau saya berubah bila,

saya tau kalau saya tengok orang, saya kena fikir yang baik-baik sahaja (husnu zon)..
bukannya
"isk, tak sejuk ke pakai macam tuh, ni lah kes rogol tambah banyak"
"isk, nak tunjuk baiklah tuh..gaya ja baik, dalam hati, siapa tau..dia lagi teruk kot"
"tak payah nak buat kuliah maghrib free kat sini, berlagak baik lah pulak,
sila main jauh-jauh"
teeeetttttttt..
sekarang kena fikir macam ni
"mudah-mudahan nanti dia sedar, pakai seatbelt ni selamat, dulu aku pun sama juga, tapi aku yang tak center ni pun boleh sedar, insyaallah, dia pun boleh, entah-entah lebih baik dari aku"
"aku kena jadi lebih baik daripada dia, bukan sekadar nampak, tapi dari dalaman juga, insyaallah.."
"aku kena fikir cara berdakwah yang lebih daripada ni, kena lebih kreatif supaya orang tak bosan, dan rasa berminat nak dengar nasihat, bukan mengarah, suruh orang berubah, tapi sekadar menyampaikan & berpesan-pesan..insyaall
ah.."


sekarang kau pulak yang nak berlagak baik ye cik bella..
tak payahlah nak hipokrit cik adik weh..(adik ke?)

penegasan di sini..

hipokrit! ya, memang aku hipokrit..
sedikit demi sedikit jadi ikhlas..

ya, setiap orang punya kisah silam..
manusia ni memang sifatnya mudah terleka, cepat lalai..
tugas kita lah untuk didik hati ni untuk elak semua tuh..

"oh! budak tuh, dah jadi baik.?."
"bella, hijrah besar kau ya.?."
"alhamdulillah, istiqamah ya sahabat"
"jihad ukhti, jihad..kamu boleh.."


macam-macam aku terima..
pujian, kata-kata sinis..
setakat ni belum ada yang mengeji..

hei, kita berubah demi kebaikan..salah.?. sudah tentu
tidak..
buat apa takut dengan perubahan ini.?.

kalau dulu, aku berilmu, tapi tidak beramal..
sekarang, aku hampir menemui target..
moga Dia tidak menarik nikmat ini..


sekarang, walaupun asyik cakap "bosan, bosan, bosan"
tapi hati ini terisi..jiwa ini kenyang dah santapan rohani (ayat tak leh blah)
fine, ada kawan-kawan dulu yang takut bila aku berubah
macam ni..
tak adalah..aku masih bella yang dulu..
aku masih bella yang brutal..
tapi brutal ku brutal tertutup..


heii..bukan semua orang dilahirkan untuk menjadi seorang yang kuat sejak kecil..
yang diberi secukupnya ilmu agama sejak kecil..
yang punya kekuatan jiwa dari kecil..
insyaallah anak-anak ku akan dididik dengan sebaiknya nanti (abah, nak kahwin boleh?)
walaupun ibunya ini tidak sempurna, punya titik hitam dalam hidup..
iya, aku juga manusia..aku punya masa silam yang kelam(tak adalah
sangat,masih cerah)..

pointnya di sini..
aku bukanlah sebaik yang kau lihat hari ini..
aku berubah dari sesuatu yang tidak baik kepada yang baik
dengan mengekalkan tahap kecomelan..(jangan sangkal, ini hasil Dia =p)
banyak yang kau tak tau tentang aku..ingin tahu.?. tanya..
aku tak kisah berkongsi..mana tahu..
seseorang mungkin berubah sekadar membacanya..
aku tidak berniat untuk menceritakan semua kisah hidup ku di sini.
.
pm me, kalau nak tau..(iklan-iklan semua tak layan)


hidup ni, tak selalunya cerah..(termasuk aku, menyampah dengan fair & lovely)
patutlah dulu tak pernah rasa tenang..
macam ada sesuatu yang kosong..
mungkin ini hikmah dihantar ke oversea..(redah laut cina selatan, oversea lah kan =p)

...................................................................................................................................

kalau aku tak menaip sepanjang ni, memang tak sah kan.?.
bajet ramai sangat orang baca lah ni..



pada orang-orang yang kenal Sharifah Nabilah pada zaman kegemilangan dulu,
hai, saya Sharifah Nabilah yang baru..
yang lebih islamik..
tak percaya.?. rujuk wall post seorang abang senior di wall facebook saya..
"waahh, gurl islamic"- menjawab soalan 1st impression beliau tentang saya..
masih tak percaya.?.
seorang sahabat se'batch' di maktab juga pernah bertanya..
"bella, kenapa kau pakai jubah setiap hari jumaat.?. tapi aku suka tengok,
nampak lain dari yang lain, sangat-sangat menunjukkan nilai-nilai I
slamic..budak-budak perempuan lain, susah nak tengok ada yang pakai macam kau.."
hakikatnya, hari jumaat aku tak tau nak pakai baju apa, sebab tuh jubah kesayangan tuh jadi pilihan.. =p pakai jubah best apa, sejuuukk..seriously!
oh! nak cakap 1 lagi pujian..ehem-ehem..
bella: "macam mana kenal.? confirm tak salah orang.?."
hamba Allah: "awak seorang je pakai jubah dalam batch awak..awak nampak comel pakai macam tuh, sejuk hati mak saya kalau awak jadi menantu
dia"
bella: "err..errr...ada je orang lain pakai macam tuh, awak tak perasan kot"
hamba Allah: "awak yang tak perasan saya tengok awak, maaflah kalau saya cakap macam ni..tapi awak nampak sombong, jalan tak pandang orang"
bella: "terima kasih, bye"
yalah..aku tak sejahat tuh, dialog terakhir guna SMS ya adik-adik..
bella: "dapat number dari mana nih? turun dari langit"
bla.bla.bla
oh! saya tidak berhubung dengan beliau lagi..
sebab beliau meminta sesuatu yang saya tidak dapat beri sekarang..
eh, bukan minta yang bukan-bukan..
tapi dia nak saya jadi lebih dari kawan, kalau sahabat saya tak kisah..
tapi faham-faham lah..
"maaf saya tidak berminat dengan angan-angan yang awak-awak taburkan.."
(macam ramai pinang kau ya bella =p)
continue: "kalau nak sangat cakap dengan abah, nak nombor hp abah.? pm saya.."



ceit..saja bajet tunjuk kat korang, jelous tak.?. =p
aku yang agak gila-gila ni pun boleh dapat perhatian dan dianggap sombong..
fine..aku memang jalan tak tengok orang, tapi lecturer dan ustaz hensem aku tengok..
aku rasa ramai kakak-kakak senior yang pakai jubah selain aku..
aku juga yang kau tengok..mentang-mentang aku brutal.. -__-

penegasan: aku tidak sama sekali akan mengaku ayu, sebab memang tak ayu..
maaf bakal mak mertua & bakal suami..(tak boleh blah)

.............................................................................................


kes-kes kat atas tuh bukan apa..
saja nak tunjuk yang aku ni dah dalam imej lebih islamik..
dah reti nak labuhkan tudung..tak nak lah pesyen tarik hujung tudung pin kat bahu tuh..
SEKSI!
sekarang ni takrif seksi bagi aku dah makin mendalam..
tak nak sebut kat sini..nanti terbagi hadis..
korang rujuk sendiri lah..aku tolong bagi gambar saja..nak.?.
dah lama tak post gambar terbaru kan.?.
oh! itu tudung bidang 60..
sahabat-sahabat cakap
"50 or 55 pun dah cukup besar untuk bella,
lebih-lebih kalau baru nak pakai..tapi bagus! terus istiqamah ya ukhti.."
aura islamik nampak, ok..
mudah-mudahan ada mak ustaz-ustaz yang bujang baca blog aku..
kemudian rasa nak pinang aku untuk anak dorang..wahhh...
(ambil bag plastik ni dan buanglah apa yang nak terkeluar dari tekak tuh..)


.............................................................................................................


oh! aku dapat berita baru dari senior..
ELAUN DAH MASUK!
terima kasih KERAjaan..
nasib engkaulah bella, kerja bawah KERAjaan nanti..
oh! aku tak suka politik..sila main jauh-jauh kalau nak cakap pasal tuh..
dan mungkin umur aku 21 tahun nanti..
aku akan berfikir 150juta kali untuk mendaftar sebagai pengundi..
soalan bermain-main difikiran selalu "perlu ke daftar.?."
oh! kerja bawah KERAjaan takyah fikir nak undi siapa..
faham-faham sendiri sudah..

oh! perlu bayar broadband ni..
nak tengok youTUBE pun lembap..
...............................................................................................................................

aku tak nak merepek lah!
janji Melayu betul..
eh, maaf..saya berbangsa Arab yang telah dibangsakan Melayu dalam surat lahir..
sekian Terima Kasih..







p/s: ada tak mak ustaz nak baca blog saya ni.? terima kasih mak ustaz.. saya memang suka tengok ustaz, pakai kopiah/songkok/ketayap/serban ni kalau simpan janggut sejemput dengan pakai jubah mesti lebih macho dan kacak..tenang je hati ni tengok..buat rasa nak jadi lebih baik dari mereka.? (sambil angkat kening)

p/s/s: fuuhhh..janji nak serious dan tak merepek musnah sekelip mata..-__-

p/s/s/s/: taknak letak hadis ayat quran bukan taknak sebar kalam Allah atau kata-kata rasulullah, saja suruh korang rajin sikit cari sendiri pastuh bentangkan dalam blog korang pulak..sebenarnya malas..-__-

p/s/s/s/s: dah lama tak upload gambar ke mana-mana laman sosial selain facebook sebagai profile picture..mudah-mudahan tak ada yang berniat buruk..tapi kalau ustaz-ustaz nak print 1 tunjuk kat umi abah sebagai calon menantu, memang tak ada masalah..sila pm untuk dapatkan nombor hp abah =p

2 comments:

cikwawa said...

Salam alaik
hihi. terjumpa blog bella. ;]
nak berubah ke arah yg lebih baek kdg2 mmg byk dugaan. tp klau betul2 istiqamah & kuat x ada yg mustahil.
btw sy pun xnak mengundi. xnak2. xminatt politik

at-Thalibul 'Ilm said...

wslm..
^__^ cner leh jumpa ney.?.
betuull..
insyaallah akan trs kuat..
haha..tp ney lar dunia..
kta mmg xdpt lari pun..