Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati
Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati
Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati
Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati
Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang
Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku
Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
insan yang berkasih
******************************************************
mode jiwang..
semua orang berkehendakan pasangan hidup yang baik serba-serbi..
tak payah lah nak cakap
"aku biasa-biasa saja, siapa masuk meminang aku terima"
itu semua jawapan selamat..
semua orang nak pasangan hidup yang:
-cantik/kacak/handsome/comel/cute/macho/ayu/cun etc
-baik/peramah/sopan santun/gentleman etc
-kaya/ada duit/kerja tetap/ada kereta etc
-soleh/solehah/boleh jadi imam/hafiz/tahfiz etc
(agama terakhir bukan bermakna ciri terakhir)
fine..aku pun nak kahwin ngan ustaz hensem yang macho, baik dan berduit..
walaupun aku tak cantik, cun, comel, ayu, baik dan berduit..
tapi aku cute, sopan santun, nice dan kaya..
.
.
.
.
ok tak..aku just tak rasa yang aku layak mendampingi seorang suami
yang sebaik itu..macam tak sesuai woo..hoho..
tapi dalam hati menyimpan hasrat agar dikurniakan seorang suami
yang baik serba serbi untuk membantu, mendidik, mendorong
aku yang tak berapa nak center ni ke jalan yang lurus
(rujuk tafsir surah al-fatihah, mesti ada bintang
or nombor di situ untuk tafsiran jalan yang lurus..)
tadi aku dah taip surat khas untuk bakal suami..
alaaaaa, macam surat yang tersebar luas tuh, tapi karangan aku lah..
tapi aku dah delete pun bait-bait yang aku taip tuh..
sebab aku rasa, biarlah dia seorang ja yang tahu isi hati aku..
tak perlu lah nak ditempekkan di sini..
nanti time tunang aku taip emel ke, ym ke..
surat.?. hensem juga pakai surat ni..
tak dibuat dek orang kan..rasa romantik pula..
tapi surat akan ditelan zaman..emel sentiasa boleh simpan dalam inbox..
nanti print letak dalam frame pun boleh..haha..
tapi for sure aku akan bagi disclaimer(hampes) dulu pada dia..
sebelum kitorang kahwin..aku taknak lah nanti dah kahwin, macam-macam pula..
sebelum kahwin, baik kita cakap semua pada dia..
tapi ada juga yang cakap, ada hal-hal tak payah bagitau..
sebab mungkin dia terima, tapi suatu masa dia akan jadi tak selesa..
terutama untuk perempuan yang pernah tuutttt tapi dah bertaubat tuh..
lalalalalala..korang faham-faham lah sendiri...
************************************************
yes, buat pengetahuan yang baru baca blog ni,
terutama pada rakan-rakan maktab yang saya sayangi (bajet ucapan)..
saya yang dulu, seorang yang hampes..haha..
saya yang dulu seorang yang sangat nakal, sekarang pun masih..
tapi dah bersopan santun, ayu2..lalalalala..
terlalu banyak perubahan ar kira dalam tempoh setahun ni..
SERIOUSLY!
nanti kita cerita pasal coretan 2010 aite..haha..
p/s: masih menanti ustaz hensem datang meminang..
No comments:
Post a Comment