in the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful..
Bila kita guna hati, kesannya lebih.
Serious.
Tak percaya cuba ambil buku sains.
Biology for example.
Cuba baca bab fotosintesis. Tanpa hati. Tanpa perasaan.
Oh, tumbuhan itu mengeluarkan oksigen melalui proses fotosintesis.
Sekarang.
Baca dengan hati. Penuh perasaan.
Oh, tumbuhan ini hidup. Bernyawa.
Mereka nampak lemah, tapi kita perlukan mereka.
Mereka penting dalam hidup kita.
Tak ada sayur tanpa mereka.
Makanan pun jadi tak sedap.
Kita akan mula jadi sayang pada tumbuhan.
Eh, mana boleh kita rosakkan tumbuhan sesuka hati kita.
Jangan potong. Jangan tebang. Jangan racun.
Jangan.Jangan.Jangan.
Aku perlu tumbuhan.
Yes. That's it.
al-Quran. Sama juga.
Baca tanpa perasaan. Tanpa hati.
Oh, ayat ni cakap macam ni macam itu.
Oh, surah ni cerita pasal ini dan itu.
Baca dengan perasaan. Dengan hati.
Oh, Allah sedang bercakap dengan aku.
Oh, Allah sedang mengajar aku supaya jangan jadi seperti mereka.
Oh, Allah sedang memperingatkan aku.
Oh, akulah yang sedang diperkatakan ini.
Rasa sayang dan cinta muncul.
Eh, itu al-Quran aku. Kenapa biar berhabuk?
Eh, aku belum baca al-Quran lagi.
Tidak, al-Quran ini tak boleh tinggal.
Kenapa sanggup berpaling dari al-Quran?
al-Quran itu dilihat tanpa hati tidak lebih dari sebuah buku penuh dengan ayat arab.
al-Quran itu dibaca tanpa hati tidak lebih dari sebuah buku sejarah atau buku hukum-hukum.
Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
(Ar-Rahmaan 55:2)
Dengan hati.
Bukan hati berkarat.
Bukan hati hitam.
Bukan hati batu.
Bukan hati hancur.
Bukan hati ayam. Eh.
Tapi hati penuh rasa CINTA.
Cinta Dia.
Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.
(Al-Baqarah 2:74)
Batu yang keras pun pecah terbelah kerana takutkan Allah. Aku? Kau? Kita?
p/s: Hati aku hati yang macam mana wahai Rabb ku? Moga Engkau redho dengan hati ini.
No comments:
Post a Comment