اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
لا إله إلا الله محمد رسول الله
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujuraat 49 : 6]
Biar aku hina di mata manusia demi mengejar Redha-Nya

29 October 2012

 in the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful..

Agak-agaklah..
Takkan dah kehilangan baru nak sedih-sedih bagai baru beli ipad tiba-tiba jatuh berkecai depan mata..

 
Tika Aisyah r.a tanya kat Rasulullah s.a.w kenapa baginda masih solat hingga bengkak-bengkak kaki sedangkan dah dijanji syurga, tahu Rasulullah s.a.w kata apa?
"alam akunu abadan syakuro?"
kalau translate lebih kurang
"tak boleh ke aku menjadi hamba yang bersyukur?"

Rasulullah s.a.w tuh Allah dah janjikan syurga weh..Nabi kot. Rasul terakhir tuh..Tapi baginda kata apa? Tak boleh ke nak jadi hamba yang bersyukur? Nampak tak?

Allah beri nikmat, beri kemudahan untuk kita beribadat. Bukan?
Ada kaki, ada tangan, ada kepala..Dah cukup sifat untuk berdiri, rukuk dan sujud pada-Nya.
Yang degil sangat tak nak kenapa?
Nak try tak ada kepala? Waktu tuh dah tak ada dahi nak sujud..Tapi ada ke orang hidup tak ada kepala?

Selama duduk belajar di IPG yang tersergam tapi tak berapa nak indah ni (bersyukurlah sikit weh), macam-macam benda nampak..
Orang yang buta lebih bersyukur dari yang celik. Hari-hari pergi surau. Aku yang celik ni, punyalah liat. Isk..
Orang yang sakit kaki lebih bersyukur dari yang celik. Segala kudrat yang ada dia guna juga semata-mata nak solat jemaah.
Allah dah ikat hati-hati mereka ni supaya dekat dengan rumah Allah.
Kalau dah terikat dengan rumah Allah, agak-agak macam mana hubungan dengan Allah?
Ya Rabb..Jauh betul aku tertinggal.
Masih bersyukurkah aku?

Bila musim exam macam ni lagi lah teruk.
Ada masa tak nak bersyukur dengan masa Allah bagi.
Pergi main facebook, pergi update blog, pergi makan-makan..
Weeehhh..belajar itu amanah. ini bukan perkara dunia semata wehh..

Agaknya, kita ni dah cukup bersyukur dengan nikmat;
boleh study
  boleh tidur
    boleh makan
      boleh jumpa mertua
        boleh makan lemang buah hati bakar
ehhhh
dan yang sama waktu dengannya?

 Setakat ucap Alhamdulillah (tanpa menghayati makna), Britney Spears pun aku boleh ajar kot..Siap mengucap pun boleh.
Tapi untuk benar-benar bersyukur, menghayati erti syukur seterusnya menunjukkan kesyukuran melalui perbuatan, bersyukur dengan nikmat masih boleh bersyukur, bersyukur dengan nikmat Allah kurniakan rasa bersyukur.
Ya Rabb.

Suatu hari, tika rasa syukur meresap dalam hati-hati kita.
Baca al-Fatihah pun, ayat pertama tuh. Ya Rabb.
Allah saja tahu betapa bergetar hati.. Hingga sebut Alhamdulillah pun tak mampu.
Sebab rasa terlalu bersyukur pada Allah kerana bagi izin, bagi nikmat untuk memuji-Nya.

#Bersabar lebih mudah dari bersyukur.

No comments: