in the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful..
“Ah! Kenapa mesti aku yang rasa sakit?”
“Isk. Pahit. Tapi kenapa aku?”
Itulah indahnya tarbiyah-Nya.
Orang. Kalau selalu sangat makan manis-manis, dapat benda
maaaanis saja, mesti nak yang lebih manis, baru dia rasa benda tuh manis, kalau
yang biasa-biasa tak adalah manis sangat pun bagi dia..
Tapi orang yang selalu makan benda pahit, bila rasa manis
siiiiiiiiiiikit saja. Allah. Nikmat tak terkata, manis sungguh baginya.
Jadi.
Allah sengaja bagi kita rasa yang pahit. Jadi bila kita rasa
yang manis. Kita akan rasa sangat bersyukur. && kita akan ingat
kemanisan yang Allah beri. Saat-saat kita ketawa kelak, kita akan ingat kita
pernah menangis. Dan waktu itu, kita akan rasa mahu menangis lagi. Bukan
menangis sedih. Tapi menangis gembira. Alhamdulillah.
Indah bukan? Allah sedang mengajar aku menjadi orang yang
bersyukur rupanya.
Pengorbanan itu juga pahit bukan?
“Memang berjuang itu terkorban, kerana kita berjuang untuk
berkorban”
Perjuangan ini juga akan sentiasa diuji dengan pelbagai
kepahitan. Tapi kita tidak akan berhenti berjuang. Kerana kita tahu. Di
hujungnya kelak. Tiba pada matlamat kita itu. Kemanisannya. Kenikmatannya.
Hanya Dia dan yang merasa sahaja yang tahu. Rugilah kalau sekerat-sekerat. Tak
sampai pada matlamat maka tak dapat lah merasa manisnya.
Rugi. Rugi. Rugi.
Hanya yang berkorban saja tahu.
Yang berkorban.
Bukan orang yang sembelih unta, lembu, kerbau dan kambing
saja.
Mungkin ada yang sedang berkorban tidak balik ke rumah tika
raya dan terpaksa duduk di sebuah rumah kosong berdua dengan kakaknya tanpa rendang,
ketupat, kuah sate, kelupis dan yang sama waktu dengannya di tengah kota
metropolitan.
Tsk. Tsk. Tsk.
Salam Aidil Adha.
Moga apa pun pengorbanan kita ini diredhai-Nya dan
insyaAllah akan diberikan balasan yang setimpal.
“There’s no worries. There’s lots of feast. Hakuna matata.
Timon & Pumbaa” ßTak
ada kaitan
p/s: bila duduk jauh macam ni baru terasa sangat nikmat
duduk rumah yang dulunya rasa macam aaarrghhhh-nak-keluar-jalan-jalan-tapi-tak-ada-duit-dan-tak-ada-lesen-nak-dri
ve..Apakah next year AidilAdha ku di suatu tempat yang tenang? Wohaa..
No comments:
Post a Comment