اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
لا إله إلا الله محمد رسول الله
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujuraat 49 : 6]
Biar aku hina di mata manusia demi mengejar Redha-Nya

14 October 2012

Berlayar menuju Dia

 in the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful..

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
(An-Nuur 24:32) 


Semakin dekat semakin Dia menguji.
Pesan sahabat "kena banyak solat dah ni"

Kenapa takut sangat ni?
Kalau yakin dengan taqdir-Nya untuk apa perasaan takut dan risau itu?
Iman yang dimiliki mungkin lebih nipis dari kulit bawang.
Mungkin lebih fragile* dari buih-buih di lautan.
Mungkin.
Bukan risau dan takut apakah dia yang Dia janjikan itu.
Risau.
Takut.
Bakal mengundang dosa pada dia.
"Hanya kerana kau aku turut ke sini?"
Ok.
Bukan takut dan risau saja.
Ini seram.

Ustazah F kata, alam yang bakal dituju itu bagai sebuah lautan.
Soalnya, apakah kapal yang sedang kami bina ini cukup utuh untuk sampai ke seberang sana?
Menuju ke destinasi kita semua?
Berlayar menuju Dia?
Sekali lagi.
Seram.

dia "Jika sudah jelas tentang tanggungjawab, alhamdulillah."

"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;
(Al-Baqarah 2:128)


p/s: Don't try-try, this is not play-play. I'm not PCK. Oh! my English.

2 comments:

misa rumaisa said...

tak dapat pi Sabah,
apa-apa pun,
aku doakan sume berjalan dengan lancar.

ambek gambar banyak2.
:)

p.s: i will inform my new blog's url later. hehe~

Unknown said...

it's okay..
insyaAllah..
amiinnn..

p/s: dah lama aku tunggu..