Berapa ramai saudara kita yang teraniaya dan menganiaya?
Teraniaya oleh orang lain?
Menganiaya orang lain?
Menganiaya diri sendiri?
Kita?
Kala kita sibuk berangan-angan tentang masa depan yang tidak pasti.
Berapa ramai saudara kita yang hidup dalam ketakutan dan kerisauan.
Takut dan risau hilang harta?
Takut dan risau hilang keluarga?
Takut dan risau hilang negara?
Takut dan risau hilang nyawa?
Takut dan risau hilang cinta?
Takut dan risau hilang agama?
Kita?
Kala kita hanyut berbahagia dengan kehidupan sementara ini.
Berapa ramai saudara kita yang menangis, meratap kesedihan.
Menangis meratap kehilangan?
Menangis meratap kerinduan?
Menangis meratap kepapaan?
Menangis meratap kegagalan?
Menangis meratap penyesalan?
Kita?
Allah. Allah. Allah.
Hidup kita di dunia ini bukan hanya tentang aku.
Hidup kita di dunia ini bukan untuk bersenang-lenang.
Kita hidup di dunia untuk membantu sesama kita.
Kita hidup di dunia untuk memperingati sesama kita.
Kita hidup di dunia untuk mencari bekal menuju akhirat.
Kita hidup di dunia untuk berjuang pada suatu perjuangan yang panjang.
Berjuang melawan diri kita.
Nafsu kita.
Ustaz kata: "Seluruh hidup kita ini nafsu. Kita pasang kipas itu nafsu. Tak boleh ke kalau tak pasang kipas? Bolehkan? Itu nafsu."
Sukar.
Tapi.
Tidak mustahil.
Tapi.
Tidak mustahil.
Memang berjuang itu terkorban.
Kerana.
Kita berjuang untuk berkorban.
Kerana.
Kita berjuang untuk berkorban.
Tingkatkan Ibadat, Tinggalkan Maksiat.
No comments:
Post a Comment