in the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful..
"Kita kena ikut style mad'u kita..Barulah mereka tertarik.."
"Mereka akan rasa janggal dan tidak mahu bergaul dengan kita jika mereka rasa kita pelik.."
"Pakai saja pakaian biasa-biasa..Macam orang-orang lain..Tidak perlu tunjuk-tunjuk kealiman..Takut jadi riak"
"Aku mencintai rasulku, maka aku mengikuti beliau..Biar orang kata aku kolot.."
"Ini pakaian nabi..Kenapa mahu ubah?"
"Biar orang kata apa..Yang penting pandangan Allah"
"Mad'u akan lari dari kita kalau kita nampak kuno.."
"Jangan terlalu extreme dalam beragama"
Iman tak boleh dilihat pada pakaian..
Tapi..
Pakaian dapat mencerminkan tahap keimanan kita..
Haaaaiii..kalau pakai tudung labuh kan kita dah set mind kita itu ustazah, yang pakai kopiah tuh ustaz, yang pakai jubah serban imam-imam sheikh-sheikh tok guru dan yang sama waktunya..
Kita sendiri dah set dalam minda macam tuhhh kaaann??? Tak nampak lagi??
Ustaz Ibnu Batoota kata: hidup kita ni ada 2 piilihan fatwa atau taqwa...Aurat perempuan dan lelaki itu sudah difatwakan dalam Islam, tertulis dalam al-Quran, kalau kita langgar maka kita berdosa..Sudah ikut fatwa bererti lulus..
Tapi.
Takkan kita nak sekadar lulus? Untuk exam pun mesti kita mahukan keputusan yang terbaik, buat assignment nak dapat markah yang terbaik, kan? Takkan nak dapat syurga bawah-bawah saja? Ikut fatwa, lari sikit tegolek godek godek godek dalam haram..
Kita kan nak jadi Muttaqin, golongan yang bertaqwa..Golongan yang Allah sayang lebih, Rasulullah sayang lebih..Bukan nak jadi muslim biasa-biasa..
Untuk dapat itu, usaha kena lebih..
Bersusah-susah di dunia, bersenang-senang di akhirat.
Dulu
Kita mula dengan ini,

Tudung labuh macam adik comel ni pakai..
Kawan pun bertambah ramai..
Makin ramai tanya tentang Islam..
Masih takut orang tak nak dekat??

Lepas tuhhhhhhh..
Kita decide pakai yang macam atas niiii..
Taaaaammbaaaaaaaaaaaaahh raaaaaaaaaaamaaaaaaaaaaaaaaaaaaiii kawan-kawan..
Malah orang yang tak pernah kenal pun akan tegur, & mula tanya macam-macam..
Bukan orang Malaysia saja, tapi orang luar negara, yang muslim dan non muslim pun tanya macam-macam..
Masih takut orang lari ??? Takut orang tak nak datang dekat??? Takut orang tak nak berkawan???

Sekarang..
Kita pakai macam atas niii!
BEeeeessssSSsssTTttttt!!!
Ni khimar, style yemen..
Baru berapa hari pakai, macam-macam soalan dapat..
Macam-macam pandangan dapat..
Alhamdulillah..
Tak ada pun orang larii...
Alhamdulillah..
Kawan bertambah-tambah..
Alhamdulillah..
Orang masih nak dekat malah bertambah dekat..
Bila orang cakap pakai biasa-biasa saja kalau nak dekati orang lain, ini untuk dakwah..Rasa dah macam mengarut..Pakai apa pun boleh berdakwah..Malah rasanya, bila pakaian makin melabuh, makin menutup, makin rasa invisible, makin ramai yang datang, makin ramai bertanya, makin ramai mahu bersoal-jawab..
Tak pernah pun rasa terbeban, malah rasa bahagia dengan pakaian ini..
Ada seorang hamba Allah ni cerita.. Dia kata, dia ada kawan not-yet-Muslim..Kawan dia ni cuba-cuba ikut puasa..Tapi selalu saja tak tahan dan akan berbuka sebelum waktu..Yalah..Mungkin kita rasa, puasa dia sia-sia..Tapi tak..Allah nilai dan Allah buka pintu hidayah bagi kawan ni..Alhamdulillah..Dia jadi saudara kita dah sekarang..Sekarang dia dah boleh bertahan untuk puasa..Berbuka pada waktunya dan melaksanakan ibadat macam Muslim lain..
Tahu apa rahsianya???
NIAT!
Orang Muslim berpuasa, niatnya Lillahi Ta'ala..Hanya kerana Allah..Sebab itu kita boleh bertahan walau berapa jam pun puasanya, InsyaAllah..
Macam tuh lah bab-bab lain..Jika niat Lillahi Ta'ala, kita buat sesuatu semuanya dengan rasa gembira, rasa senang, tidak berbeban dan yang sama waktu dengannya..
InsyaAllah..
Allahumma bariklana fii Ramadhan, wa salimna Ramadhan..
Tinggalkan Maksiat, Tingkatkan Ibadat.
Kurangkan Juadah, Tingkatkan Amalan Sunnah.
Kurangkan Membeli-Belah, Tingkatkan Amal Jariah.
Kurangkan Juadah, Tingkatkan Amalan Sunnah.
Kurangkan Membeli-Belah, Tingkatkan Amal Jariah.
No comments:
Post a Comment