اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
لا إله إلا الله محمد رسول الله
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujuraat 49 : 6]
Biar aku hina di mata manusia demi mengejar Redha-Nya

24 June 2012

Erti Sebuah Kemenangan

in the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful..

Alhamdulillah. Segala Puji hanya bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam.
Semuanya tunduk pada Dia. Maka apakah suatu kemenangan itu bukanlah dari-Nya? Sudah tentu tidak bukan? Kerana mereka kalah atas kehendak-Nya, Pentadbir Seluruh Alam.

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
(A-li'Imraan 3:139)


Ya. Dahulu ramai yang takut. Tak kurang yang mempersoalkan. "Rakyat Malaysia tak takut ke jadi macam kat Medan Tahrir tuh? Berapa ramai orang yang mati? Tak takut ke?" Buat apa nak takut. Buat apa nak sedih. Mereka yang pergi itu, pergi menuju ilahi dengan gembira. Dengan jiwa yang tenang kerana berjuang mempertahan dan menegakkan Islam. Itu suatu kebanggaan.

Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.
(A-li'Imraan 3:160)


Pejuang-pejuang agama Allah tidak akan pernah takut. Tidak akan pernah gentar kerana Allah pasti akan membantu untuk mencapai kemenangan. Siapalah penolong kita selain Dia? Dia lah sebaik-baik penolong. Jangan fikirkan natijahnya. Itu urusan Allah. Kerja kita adalah berusaha. Seterusnya, bertawakkal dengan sebenar-benar tawakkal. Berserah sepenuhnya, meletakkan keyakinan kamu kepada-Nya. Segalanya yang berlaku atas kehendak-Nya adalah yang terbaik, tidak kira baik atau buruk pada pandanganmu.

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
(A-li'Imraan 3:200)


Mereka yang beriman itu orang yang bersabar. Allah sentiasa bersama orang yang bersabar. Allah itu Maha Adil. Perit. Getir. Sakit.Sedih. Kecewa. Semua itu adalah untuk kita bertambah dekat pada-Nya. Dengan bersabar atas itu maka terhapuslah dosa-dosa. Allah sedang menyediakan tempat di syurga untukmu. Kamu pasti berjaya jika terus kuat dan bersabar.

Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar.
(An-Nisaa' 4:74)


Jalan jihad untuk mengejar syahid itu bukan semata-mata dengan berperang dan mati. Apa-apa saja perjuangan kita demi membela Islam itu jihad, bukan? Maka Allah sentiasa menyediakan pahala yang besar. Andai kejayaan atau kemenangan itu tidak dapat dikecap dan dicapai di dunia. Maka bersyukurlah. Kamu pasti mendapat nikmat yang tidak pernah terbayangkan dibenakmu mahupun mana-mana makhluk dunia ini. Terlalu indah. Terlalu manis. Mahukah kamu melepaskan itu untuk kebahagiaan, kejayaan dan kemanisan yang sekejap cuma?

Mereka membantahmu tentang kebenaran (berjihad) setelah nyata (kepada mereka kemenangan yang engkau janjikan), seolah-olah mereka dihalau kepada kematian, sedang mereka melihat (sebab-sebabnya).
(Al-Anfaal 8:6)


Mulanya, terlihat jihad ini, perjuangan ini bagai sesuatu yang terlalu sukar. Bagai menghantar diri menuju kemusnahan. Allah. Tidakkah kemenangan demi kemenangan mereka yang telah melaluinya itu terlalu jelas untukmu? Jika masih tidak jelas, maka laluilah jalan jihad ini. Agar kau melihat sendiri, merasai sendiri. Betapa manisnya ia. Betapa benar janji-Nya ini. Hanya yang terpilih sanggup melalui jalan ini. Kerana yang terpilih itu, dipilih oleh-Nya. Pilihan-Nya hanya yang terbaik bukan? Jadilah pilihan-Nya. Bukan kau menanti untuk dipilih. Percuma.

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
(Muhammad 47:7)

Apa lagi yang kau ragukan?

Mesir sudah menang. Tapi itu bukan bermakna perjuangan sudah berakhir. Itu tanda perjuangan yang lebih besar sudah bermula.

Alhamdulillah.

Hari ini. Banyak kejayaan lagi yang dirai. Tidak kurang dikurniakan ujian kegagalan. Allah. Kamu lebih beruntung kerana diberi ruang untuk mendekati-Nya. Sungguh.

Moga yang lulus (dengan cemerlang atau tidak) tidak lupa, ini bukan kemenangan dirimu, tetapi kurniaan-Nya.

Moga yang gagal tidak jatuh terlalu lama, bangkit dan terus bersyukur atas kurniaan ini. Hikmah itu sesuatu yang hilang. Dan apabila yang hilang itu diketemukan pasti timbul rasa lega yang amat. Puas.

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Ash-Syarh 94:5-6)

Apa kau harus kecewa pabila sudah nyata lagi jelas janji kemenangan dari Nya?




Tingkatkan Ibadat, Kurangkan Maksiat


p/s: Hidup ini terlalu singkat untuk terus bersedih dan kecewa.

No comments: