"kita mesti tahulah kenapa kita sembahyang kenapa kita puasa..kita puasa 1 bulan, jadi baik, bukan bermaksud 11 bulan yang lain kita boleh buat suka hati kita"
Allah..Tersalah dengar kah telinga? Apakah benar apa yang aku dengar?
Ya. Benar.
Pemandu teksi itu yang melontarkan kata-kata tersebut. Dan tidak ada tanda-tanda bahawa dia seorang muslim.
Malunya...
Sehingga akhir (sampai di pintu pagar IPG KIK) aku mendengar kata-katanya yang penuh semangat, menginginkan kami untuk berfikir tentang negara kita ini.
"Kita mahu hidup sama-sama maa"
Kadang-kadang, yang bukan Islam terlihat lebih Islam daripada mereka yang Islam. BUKAN dari segi aqidahnya, tapi dari segi akhlaknya..
Kita Islam bukan sekadar Solat, Puasa, Zakat dan Haji.. Tapi Islam itu pada seluruhnya. Islam itu mencakupi seluruh kehidupan, dari pagi hari ini hingga pagi esok, dari bangun hingga tidur dan bangun kembali, dari lahir hingga ke liang lahad, dari alam roh hingga ke alam akhirat.. BERSEPADU. MENYELURUH. atau apa-apa sahaja istilah yang menggambarkan itu..
BUKAN separuh-separuh.
Aku solat, tapi tak puasa. Aku puasa tapi tak pakai tudung. Aku pakai tudung tapi mengumpat.
OH! Itu bukan menyeluruh dan bersepadu. Itu separuh dan senget.
Tiang rumah tak cukup 1 untuk menjamin kestabilan. 4 tiang mungkin cukup. MUNGKIN. Lebih banyak lebih kukuh bukan? Tambahlah tiang-tiang agamamu. Biar tertegak Islam itu. Pada DIRIMU, KELUARGAMU, PEKERJAANMU, NEGARAMU.
"Dalam diri setiap orang pasti ada rasa mahukan kebaikan, ingin berubah"
"Kita kena beri peluang untuk orang berubah. Walau seburuk mana pun mereka"
Benar.
Seorang raja mungkin sahaja menghalau atau terus menghukum rakyatnya yang berbuat salah kepadanya. Lebih-lebih jika rakyat itu menghinanya. Tidak memperdulikan perintahnya. Tapi Allah, Raja Segala Raja masih memberikan peluang, mendengarkan rintihan hamba-hamba-Nya yang berdosa sebesar mana pun, sebanyak mana pun. Allah memaafkan dan mengampunkan malah memberi Rahmat dan mengangkat kedudukan mereka yang memohon ampun dan meminta taubat ini.
SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.
(Al-Baqarah 2:222)
p/s: Sem baru sudah bermula, kerja-kerja pun sudah bersedia menanti sang mujahidah menyelesaikannya. Tugas-tugas baru dan jawatan baru. Oh. mungkin sem ini banyak cabarannya. Fastaqim kama umirta. Wa la khauf. Innallaha ma'ana. Bittaufiq. InsyaAllah. Oh. Dialog-dialog adalah kisah benar yang mungkin terubah sedikit di sini sana dari bicara yang sebenar dilontarkan oleh makhluk-makhluk bernyawa yang hebat (masyaAllah) disebabkan kekurangan sang penaip yang punya ingatan yang lemah.
No comments:
Post a Comment