in the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful..
Perjuangan itu susah
Perjuangan itu payah
Dan ia akan lebih perit dan payah kalau kita terus mengharapkan kejayaan di dunia BUKAN di akhirat..
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
(A-li'Imraan 3:139)
Bukankah kejayaan itu hanya terlihat hasilnya di akhirat kelak? di syurga kelak? Terasa bagai tercemar perjuangan yang diperjuangkan bermati-matian itu pabila nafsu dendam menguasai..Itukah yang kita mahukan?
Tilik kembali ke dalam diri, apa matlamat sebenar perjuangan itu..Apakah demi individu, sekumpulan jemaah, agama, negara ataupun demi Dia? Jika benar untuk Dia rasa letih, jemu, susah dan payah itu akan hilang..Pabila teringat bahawa Dia redha dan merahmati perjuangan tersebut..Pabila terbayang kita akan bersama Dia di 'sana' kelak..
Indah bukan?
Maka tiada istilah 'kamu tidak merasai apa yang kami rasa' kerana sesiapa yang berjuang seharusnya punya matlamat yang sama dan walaupun diuji cara yang berbeza namun jalan kita sama..
Niatkan kembali perjuangan ini ke arah matlamat sebenar kita..
Moga redha Allah dan rahmat-Nya terus bersama kita..
Perjuangan itu takkan pernah selesai kerana pengakhirannya bersama Dia
Tingkatkan Ibadat, Kurangkan maksiat
Tingkatkan Ibadat, Kurangkan maksiat
p/s: Allah tuntunlah kami membuat keputusan yang terbaik buat diri, keluarga, dan iman..
2 comments:
amin :) may ALLAH bless ,,nice sharing ya ukhti..
insyaallah..jazakillah khoir..^__^
Post a Comment