اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
لا إله إلا الله محمد رسول الله
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujuraat 49 : 6]
Biar aku hina di mata manusia demi mengejar Redha-Nya

05 February 2012

Habiballah Di Hatiku

in the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful..

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

(Al-Ahzaab 33:56)


صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ


Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(A-li'Imraan 3:31)


Seseorang yang mencintai kekasihnya pasti akan mencintai apa-apa yang dicintai oleh kekasihnya..Maka buktikanlah cinta kita kepada Allah s.w.t dengan mencintai Rasulullah s.a.w..
Cinta itu juga bukan sekadar lafaz tapi perlu dibuktikan dengan perbuatan..Sesiapa pun boleh mengaku cintakan Allah & Rasulullah tapi bukan semua dapat membuktikannya..Jika ditanyakan di Hari Akhirat kelak tentang cinta kita pada Habiballah, maka dengan apakah ingin kita membuktikannya?


Rasulullah begitu cinta & rindu pada umatnya sehingga baginda menyebut tentang kita sebelum detik kewafatan baginda, malah setelah dibangkitkan di Hari Kebangkitan, perkara pertama yang ditanya baginda pada Malaikat adalah tentang kita..Baginda juga memanggil kita sebagai saudara(ikhwan) baginda hanya kerana kita beriman dengan baginda tanpa bertemu baginda, sedangkan kita belum lahir ke dunia tika itu..

Tapi seberapa ingatkah kita pada baginda? Sekerap manakah kita berselawat pada baginda dan memuji-muji baginda dengan pelbagai syair seperti qasidah-qasidah bagaikan seorang kekasih yang sering melagukan lagu rindu pada kekasihnya..

Malulah kita di hadapan Allah, di hadapan Allah, di hadapan Allah..

Tak kenal maka tak cinta..

Bagaimanakah kita boleh mencintai seseorang yang tidak kita kenali? Sudah cukup kenalkah kita pada sifat baginda, akhlaknya, perwatakannya, wajahnya, tubuhnya, keluarganya serta sahabatnya? Nilaikan pada diri..Andai tidak, bacalah kembali sirah baginda..Biarlah kita benar-benar kenal siapakah Habiballah..

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
[Al-Ahzaab :21]


Setiap kali sebelum makan kita basuh tangan, lepas makan basuh tangan & kumur-kumur, tapi tahukah kita itu adalah salah satu amalan sunnah? Kalau sehari kita makan 5x, setiap kali makan kita buat & niatkan untuk buat sunnah, bayangkan berapa banyak kebaikkan yang kita dapat? Contoh lain, kalau kita nak bancuh minuman, kan kita kacau air tuh kan? Berapa ramai yang mulakan dari kanan untuk mengikut sunnah? Hatta perbuatan sekecil itu pun kita mendapat kebaikan hanya kerana kita mengikut sunnah..Rugilah kita yang tidak mengambil peluang tersebut untuk mendapat sedikit kebaikan..Setiap kali kita melakukan sunnah, akan bertambah lah cinta Allah s.w.t kepada kita..

Di sini kita lihat tentang peri pentingnya menimba ilmu, jadi kita tahu mana satu amalan sunnah, mana satu bukan..Bila kita ada ilmu, barulah kita dapat amalkan..
Berilmu tanpa amal itu sia-sia tapi beramal tanpa ilmu pulak membawa kepada kesesatan..

nazubillahi min zalik

Sebab tuh kena belajar, agar kita boleh bezakan perkara sunnah dan bukan..Sebab kalau kita nisbahkan sesuatu kepada Rasulullah, sedangkan Rasulullah tak buat, maka berdosa lah kita kerana berdusta atas nama baginda..

Tapi jangan pula bila dah tahu benda tuh baginda tak buat, maka kita terus katakan amalan tuh sebagai sesat..Banyak hadis yang menyebutkan tentang sahabat-sahabat melakukan amalan yang tidak dilakukan oleh Rasulullah & Rasulullah memuji mereka..Selagi sesuatu amalan tersebut tidak bercanggah dengan aqidah kita, maka buatlah, cuma jangan kita nisbahkan kepada Rasulullah, dan mengatakan sesuatu yang bukan sunnah sebagai sunnah..

Namun, berapa banyak usaha pun yang kita lakukan, jika kita tidak memohon pada Allah, maka apalah usaha-usaha tersebut..Maka, berdoa lah agar ditambahkan kecintaan kepada baginda seperti mana doa nabi daud a.s;

dalam sabda baginda Rasulullah s.a.w : “Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat membawaku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.”

InsyaAllah, antum ma’a man ahbabtum

Andai rasulullah ada bersama kita, apa yang akan kita ucapkan pada baginda? Sebelum kita jawab soalan tuh, apakah kita pasti Rasulullah s.a.w akan berasa senang berada di samping kita?

Tepuk dada tanyalah iman, setiap amalan yang kita lakukan apakah Rasulullah s.a.w akan tersenyum memandang kita? atau malukah kita tika itu? Jika kita pasti Rasulullah s.a.w akan gembira melihat kita, maka InsyaAllah, Allah juga akan redha pada kita..

Moga kecintaan pada Rasulullah bukan hanya pada hari kelahiran baginda..Biarlah cinta kita pada baginda terus mekar, sebagaimana cinta baginda pada kita yang tidak pernah padam malah baginda sering ingat pada kita..

Malulah kita yang sering lupa pada baginda..

Tidak bermakna kita tidak pernah bertemu baginda maka kuranglah cinta kita pada baginda..Walaupun kita tidak pernah bersama baginda secara nyata, biarlah baginda hidup di dalam hati kita dengan menghidupkan sunnahnya..

Moga kita semua dapat bertemu baginda di akhirat kelak walau tidak di dunia..

InsyaAllah..






Tingkatkan Ibadat, Kurangkan Maksiat





p/s: Sebenarnya, ni teks video tazkirah..hehe..Kalau rajin & broadband tiba-tiba jadi laju (piuuuu), InsyaAllah akan diuploadkan..

No comments: