اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
لا إله إلا الله محمد رسول الله
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujuraat 49 : 6]
Biar aku hina di mata manusia demi mengejar Redha-Nya

17 June 2011

thabatkah aku?



Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)



Dah lama menginginkan dan mengimpikan untuk berpakaian seperti itu..
seperti isteri-isteri nabi & isteri-isteri sahabat baginda serta isteri-isteri muqorabbin..
bukan mudah tapi tidaklah terlalu susah..
niqob itu satu pilihan bukan satu paksaan..

ada ulama' mengatakan wajib (surah al-ahzab: 59)..
ada yang mengatakan ianya hanya adat masyarakat..
ada mengatakan ikut keadaan semasa..

pendapat aku setelah beberapa lama kaji tentang niqob..
aku berpegang dengan hukum harus..
hukum asal..

nak cakap dan huraikan aku memang tak layak..
bolehlah anda anda anda & anda rujuk pada ustaz/ustazah yang terdekat..

pokok pangkalnya..
setiap apa yang kita buat, yang paling penting ialah niat..
maka jika niatnya betul, insyaallah akan jadi ibadat..
syaratnya bukan sesuatu yang melanggar syariat..
sebab niat tidak menghalalkan cara..

doakan aku boleh istiqomah dan terus kuat
untuk meneruskan apa pakaian isteri-isteri nabi..


esok hari kepulangan ke ibu negara..
hati terasa berat..
namun apakan daya..
sudah tanggungjawab..

moga ditetapkan hati untuk terus tetap didalam jalan mengejar redha Allah..

Ya muqollibal qulub tsabbit qolbi 'ala dinnik..

2 comments:

ash_mza said...

Moga diberi kekuatan yang berterusan...

at-Thalibul 'Ilm said...

syukron, jazakillah..