اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
لا إله إلا الله محمد رسول الله
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujuraat 49 : 6]
Biar aku hina di mata manusia demi mengejar Redha-Nya

08 June 2011

apa ada pada perkahwinan?

Ramai yang bertanya "enti kata enti tidak balik untuk cuti semester kenapa tiba-tiba balik?"
Memang aku tak nak balik melihatkan harga tiket yang melambung-lambung walaupun keinginan untuk balik itu sangat tinggi memandangkan kali terakhir bertemu keluarga pada aidil fitri yang lalu..

Tapi tiba-tiba sahaja aku mengatakan bahawa aku akan kembali ke kampung halaman pada hari peperiksaan terakhir, malah lebih awal dari kawan-kawan yang sudah lama merancang untuk balik..begitulah indahnya takdir allah, dialah sebaik-baik perancang kerana takbir selalu mengatasi tadbir..

Tujuan utama untuk balik tentulah untuk menghabiskan cuti bersama keluarga tercinta tapi ada agenda lain yang alhamdulillah wa syukurillah telah selesai..Saudara rapat yang bagai seorang kakak bagiku dengan selamatnya telah dikhitbah oleh seorang lelaki yang cukup baik insyaallah..
"kau wajib balik" katanya..MamaAbah pun bersetuju untuk men'sponsor'kan tiket ku..huhu..

Setelah selesai majlis && beberapa hari yang indah apabila semua adik beradik berkumpul di rumah..Hari itu, kakak kedua ku akan kembali ke KL, kami berlima di dalam kereta, MamaAbah, adik, kakak & aku..

Mama bercerita tentang persiapan yang telah dilakukan sebelum pertunangan kakak saudaraku itu termasuklah nilai hantaran & cincin pertunangan..Aku dengan berani melontarkan pertanyaan,

"Mak, kalau kami nanti macam mana?"
"Ikutlah tahap pendidikan, kalau spm ja 10k, ijazah puluh-puluh ribu, master 100k, phd 200k"
"Fuiyooohhh..."

mama, abah, adik & aku tergelak akan seloroh mama..kakak ku yang masih bujang & baru sahaja menyelesaikan master tersenyum, dia insyaallah akan menyambung phd pula selepas ini..

Abah pula menyambung bicara,

"Abah kalau boleh tak nak buat majlis besar, abah tak nak buat macam kebanyakkan orang sekarang ni, kamu nikah ja, makan-makan sikit, jemputan pun kita-kita ja, cukuplah.."
"Alhamdulillah..itulah yang kita cari"
"jangan membazir untuk kahwin, dari kamu berhabis untuk majlis, bagus simpan duit untuk selepas kahwin, untuk rumah atau lain-lain" sambung abah

cerita tentang cincin pulak

"Kalau orang ijazah 5k, orang master mesti 10k punya cincin tuh, habib jewels lagi" kata mama
"alaa, sebut ja nama, tuh datuk kami tuh, Habib" jawab ku
"eehh, nama abah yang ada habib, kamu tiada..=p" kata abah

satu kereta gelak..MamaAbah memang hebat dalam menyelitkan nasihat dalam gurauan..


"Mudah & berkat majlisnya, insyaallah mudah & berkat perkahwinannya kerana perkahwinan bukan untuk satu hari tapi untuk sepanjang hayat"

"Jangan pilih suami/isteri tapi pilihlah ayah/ibu buat anak-anak nanti"




Kurangkan maksiat, tingkatkan ibadat

No comments: