اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
لا إله إلا الله محمد رسول الله
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujuraat 49 : 6]
Biar aku hina di mata manusia demi mengejar Redha-Nya

25 June 2011

erti kain hitam itu

Sudah hampir seminggu..
sudah hampir seminggu aku mula berniqob..
perubahan?
alhamdulillah..aku mula lebih menjaga diri ini..
mengurangkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya..

tak kurang yang bertanya..
pelbagai soalan aku jumpa..
ada yang terus bertanya pada ku..
ada pula yang malu-malu dan menggunakan orang tengah untuk bertanya..
dengan alasan bahawa mereka tidak rapat dengan ku..

so, tujuan entry ini..
adalah untuk menjelaskan kenapa dan mengapa aku mengambil keputusan ini..

terus terang aku katakan..
aku bukanlah seorang yang sempurna,
dan tidak mungkin akan menjadi sempurna..
setiap hari aku mengingatkan pada diri ini..
misi ku adalah mengejar redho Allah..

kadang-kadang aku terlupa dan lalai..
apakan daya, itu memang sifat semula jadi manusia..
maka di situ lah peranan rakan-rakan sebagai reminder..
mengingatkan pada diri misi yang utama itu..

aku sentiasa berpegang pada kata-kata ini
"a muslim need no one to impress but Allah"

oleh itu, setiap kali ingin melangkah keluar
perkara pertama yang perlu dipertimbangkan ialah
ada atau tidak redho Allah pada perbuatan kita itu?

aku tak pernah mengatakan bahawa memakai purdah adalah wajib..
ya, sebelum memakai, aku mengkaji dulu..
bukan memakai secara membuta tuli tanpa bertanya dan mendengar pendapat..

niqob yang aku pakai ini, sudah ada dalam simpanan
sejak awal tahun lagi kalau tak silap..
atau mungkin hujung tahun lepas..
aku pun tak ingat sangat dah, yang pastinya dalam simpanan
buat satu tempoh masa yang agak lama sebelum
aku mengambil keputusan untuk memakainya..

purdah adalah antara perkara khilaf
kerana terdapat perbezaan pendapat pada ulama..
ada yang mewajibkan, ada yang mengharuskan..
ada pula pihak mengatakan ia hanya adat
kerana ingin melindungi wajah dari terkena pasir..
*habis tuh kenapa lelaki tak pakai? -__-*

satu perkara yang aku sedih..
*kawan aku yang sebut*
orang pandang pelik pada orang yang pakai mengikut syariat..
sedangkan orang yang tidak menutup aurat
tidak pula dipandang pelik..

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”
[Hadith Muslim no. 145]

Rasulullah SAW bersabda:
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Kemudian ia akan kembali menjadi seperti permulaannya, dianggap ganjil dan asing semula. Namun berikanlah khabar gembira kepada ghuraba’ iaitu orang-orang yang asing ini”
[Riwayat ibn Asaakir dan dinilaikan Sahih oleh al-Albani]

Baginda ditanya,

“Siapakah orang-orang yang asing itu?”

Baginda menjawab,
“Iaitulah mereka yang berusaha memperbaiki manusia ketika golongan ramai sudah menjadi rosak”
[Riwayat Abu Amr al-Dani daripada hadith Ibn Mas’oud. Dinilaikan sahih oleh al-Albani]

Di dalam suatu riwayat yang lain, baginda menjawab,
“Iaitu mereka yang menghidupkan Sunnahku yang telah dimatikan oleh manusia”

Juga dalam satu riwayat yang lain, baginda menjawab,
“Mereka adalah kumpulan kecil di kalangan kelompok ramai yang rosak. Golongan yang menentang kumpulan kecil ini, lebih ramai daripada yang mengikutnya”

“Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.
[al-An’aam 6: 116]




aku tahu, ada banyak perkara yang perlu aku pelajari lagi..
banyak benda yang aku tak tahu..
maka aku sudi mendengar pendapat yang lain..

aku tak menyatakan bahawa orang yang berpurdah itu
lebih baik dari mereka yang tidak..
NO..
semuanya bergantung pada Allah..
yang penting kita berusaha untuk menjadi yang terbaik sebagai
hamba Allah dan khalifah di bumi ciptaan-Nya..

tentang bagaimana aku tergerak untuk memakai purdah.?
hidayah dan taufik adalah milik Allah..
aku hanya boleh katakan bahawa
Allah pinjamkan sedikit kekuatan
pada suatu hari yang indah untuk aku memakai niqob..
maka aku perlu jaga kekuatan yang Allah pinjamkan padaku
dengan istiqomah..
Insyaallah..

sama seperti konsep rezeki..
hidayah & taufik adalah kepunyaan Allah..
dan Allah beri kepada mereka yang dikehendaki-Nya..
dengan syarat mereka berusaha..
tidak ada duit datang bergolek pada kita, melainkan dengan usaha..
begitu juga dengan hidayah & taufik..

moga ini memberi jawapan kepada yang bertanya..
insyaallah..
doakan lah aku terus thabat di jalan ini..



kurangkan maksiat, tingkatkan ibadat..

6 comments:

MinT said...

hari masa nampak mmg sdh tau its you.. huhu..

tapi yg jenis yg ko pkai neh kn.. jenis apa ar? huhu.. sja mau tau.. sbb ada mcm2 jenis kn.. huhu..

at-Thalibul 'Ilm said...

haha..bdk ipik mmg taw tuh aku..
aku pkai tuh yg 2 lapis..
org pggil purdah arab..

Shakir Azfar said...

byk jg yg tanya pasal siapakah gerangan istimewa itu.. yg berbalut kain hitam tidak menampakkan yg lain kecuali penglihatannya shj.. but i knew it was you.. congratulations.. if it is for a better purpose, go for it, friend! don't let people's words to discourage you ok.. i pray all the best for you.. may Allah will always be with you.. and please pray for me too ya.. trying to be a better person.. is not an easy thing to do.. ;)

at-Thalibul 'Ilm said...

let it be..klu org taw, xda mkna lar d'tutup kan.?insyaallah..change for better..

thebestNurul said...

akak..saye nak pendapat akak boleh?? sebenarnye sye teringin sgt nak pakai purdah.., tp sye segan, takut sye lakukan ni bukan keranan ALLAH.., patut ke perkara tu berlaku?? minta nasihat dan pandangan..^_^

at-Thalibul 'Ilm said...

akak ni bukanlah org yg terbaik utk beri pndangan dlm hal ni..
tp insyaallah sdaya upaya akak cuba..

1 benda yg akak slalu tekankan, kita kena faham stiap bnda yg kita nk buat..kena ada misi & visi, matlamat & tujuan..

mksdnya, bila org tanya "kenapa pakai purdah?" kita boleh jawab..

pastuh awk kna taw, purdah ney perkara khilafiah..

ada ulama' mngatakan wajib, sunat & harus..awk kna tentukan awk b'pegang pd hukum yg mana b'serta dalil & hujah..

bnda2 ni pnting utk kukuhkan k'yakinan kita..

mmg p'kara ptma kta bt demi allah, nk kejar redho allah..