اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
لا إله إلا الله محمد رسول الله
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujuraat 49 : 6]
Biar aku hina di mata manusia demi mengejar Redha-Nya

04 May 2011

Wanita & Agama

1. Bulu kening
-Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." (Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

p/s: seriously aku yang perempuan pun rasa memang tak cantik orang yang cukur & nipiskan bulu kening, lainlah kalau yang memang serabut sampai jadi aib..yang tuh dibenarkan..

2. Kaki (tumit kaki)
-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)

Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

p/s: pakai stokin jangan lupa, orang tak sejantina dengan kita ni, tengok kaki merah-merah tuh boleh datang nafsu juga, wanita ni kan makhluk yang indah, jagalah setiap inci tubuh kita..&& pakai high heals or apa2 spesies kasut yang berbunyi is a big no..fashion tak salah, tapi kalau kelepak kelepuk bunyi, orang lain pun terganggu..perempuan ni terkenal dengan sopan santun,kalau jalan hentak-hentak kaki, tak jadi makcik tuh nak jodohkan anak dia yang doktor tuh kat kita..

3. Wangian
-"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

p/s: bukanlah maksudnya muslimah ni kena busuk-busuk..bab pertama kan bab bersuci? Islam menitik beratkan tentang hal kebersihan, apabila kita bersih lagi pembersih pastilah takkan timbul isu berbau busuk kan? kalau pun ada masalah dengan bau badan, pakailah ala kadar, bukannya sebatu dah boleh bau, bila lalu je terus orang jeling..hoho..&& jangan lupa, berhias buat suami dapat pahala.. ^__^

4. Dada
-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

p/s: "habis tuh kena pakai tudung labuh ke?" syaratnya menutup dada means tak nampak lekuk-lekuk indah kat badan tuh lah..cuma tudung labuh safety sikit..taklah takut kalau terselak ditiup angin sebab labuh lebih..tau tak apa rasionalnya? lelaki ni yang ada penyakit di hatinya ni, pandangannya akan jatuh pada bahagian tersebut..semua boleh faham kan?

5. Gigi
-'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani)
-"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).

p/s: pakai pendakap gigi dibolehkan jika menimbulkan ketidakselesaan & mendatangkan aib..Allah nak ajar kita untuk bersyukur..lagipun, ciptaan Allah sudah cukup sempurna, untuk apa kita mengubahnya dengan tangan manusia yang serba lemah ni? tengok-tengok jadi lagi teruk..tak ke naya..

6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).

p/s: maksudnya, bagi seorang perempuan yang sudah baligh, jatuh hukum wajib baginya untuk menjaga aurat, tapi sebagai pesanan buat ibu bapa, biasakanlah anak-anak sedari kecil, so, tak adalah terkejut tiba-tiba ja kena tutup bagai..^__^ selain tuh, walaupun dah tutup semua, tapi masih nipis dan jarang, still tak cukup syarat juga, sebab masih boleh tengok bentuk badan..kecantikkan wanita hanya boleh ditatap oleh yang berhak..lihatlah betapa Islam menjaga wanita..

7. Tangan
-"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

p/s: tangan itu juga berzina, maka jagalah sentuhan tangan mu yang halus wahai wanita..walaupun berlapik, still boleh menaikkan nafsu syahwat..pastikan pergelangan tangan juga tidak terbuka, kalau lengan baju longgar, pakailah handsock, safety sikit..

8. Mata
-"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

p/s: dari mata terus ke hati..maka jagalah pandangan mu kerana mata juga berzina..jaga dari terlihat aurat yang lain && perkara-perkara yang boleh mengotorkan hati..mudah bagi kita untuk membayangkan jika sudah pernah terlihat..maka timbullah penyakit di dalam hati yang sukar diubati..hoho..parah3..

9. Mulut (suara)
-"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).

p/s: tak salah nak bercakap dengan lelaki tapi tak payah lah nak buat suara manja & merdu, simpan untuk ibu bapa, suami & anak-anak..bukan sahaja elak maksiat malah dapat ganjarannya..

10. Kemaluan
-"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka."(An Nur : 31).
-"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar).
-"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

p/s: nak kena terang lebih lanjut ke? faham kan?

11. Pakaian
-"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

-"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).

p/s: rasionalnya? kalau dah tutup semua tapi pakaian masih ketat & jarang apa gunanya? tuh macam bungkus nangka lah tuh..baik tak payah bungkus, orang dah tau ada apa di dalamnya..senang nak membayangkan..jeng3..sanggup ke dibayangkan lelaki?

12. Rambut
-"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

p/s: setiap helai tuh satu dosa didarab dengan berapa ramai yang melihatnya..rambut kita berapa helai? setiap hari jumpa berapa ramai? yang pakai tudung tuh pun, pakailah tudung yang kain tebal sikit, tak adalah takut rambut tuh tercacak ke keluar dari tudung tuh..dari segi kesihatan, orang yang pakai tudung ni, rambut tak rosak sebab kurang terdedah kepada sinaran UV..





*************************************************************


sesungguhnya Islam terlalu menjaga muslimah..
larangan-larangan ini bukanlah satu sekatan kebebasan kepada kaum wanita..
tapi inilah satu kebebasan bagi kaum wanita..
kebebasan untuk tidak diperkosa sama ada secara fizikal atau mental..
kebebasan untuk ke mana-mana tanpa takut & risau akan diganggu oleh lelaki yang ada penyakit di hatinya..

selain itu, setiap pemimpin yang hebat, ada seorang wanita yang mendorongnya bukan?
bagaimana kita hendak menjadi wanita tersebut jika kita tidak membantu mereka menjaga iman mereka sejak awal lagi?

Islam tidak pernah menafikan kebebasan kaum wanita atau menyekatnya..
malah sangat menjaga & menaikkan martabat wanita yang dikenali sebagai kaum yang lemah..

wanita Islam yang hidup secara Islam tidak tertekan untuk ingin cantik, tidak akan menjadi mangsa fesyen, tidak perlu menghabiskan duit beribu-ribu sekadar untuk menjaga kecantikkannya..



Sesungguhnya Islam menjaga manusia dari segenap perkara..sama ada kita sedar atau tidak sedar apa sahaja ibadat & amalan yang dianjurkan Islam memberi kita manfaat di dunia && akhirat sebagaimana firman Allah:

Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati. (Adh-Dhuha 93:5)


terlalu banyak nikmat yang diberi-Nya kepada kita..
namun kita masih tidak sedar..

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? (Ar-Rahmaan 55:13


Akhir Kalam,
Kurangkan Maksiat, Tingkatkan Ibadat..

No comments: