Hari itu, seperti biasa aku datang untuk latihan persembahan tarian sempena Hari Kokurikulum..Aku mengenakan tudung bidang 45(standard ar) berwarna putih && memakai baju sukan yang labuhnya sekadar melepasi punggung..
Latihan tersebut berjalan seperti biasa walaupun aku agak jelak dan tidak betah untuk berada di situ, namun untuk memenuhi komitmen yang terpaksa aku curahkan setelah dipilih untuk masuk ke persatuan tarian tersebut yang merupakan salah satu aspek(gerak kokurikulum) yang dinilai dalam kursus yang aku ambil..
Kami diberi masa untuk berehat sebentar bersama kit-kat..Dalam kumpulan tarian tersebut, hanya ada aku, seorang lagi rakan ku & seorang senior yang istiqomah dalam bertudung (insyaallah)..
Aku duduk di tepi pentas..Kemudian aku didatangi oleh beberapa orang rakan yang berlainan agama (Hindu, Kristian & Buddha)..Mereka duduk mengelilingi ku..Bermula sesi dialog dan soal-jawab di antara kami..Aku namakan mereka dengan huruf saja ek..Perbualan kami tuh lebih kurang macam ni lah, tak ingat sangat detail..Patutnya aku rakam..haha..
A: awak tak rasa panas ke pakai tudung?
Aku: tak lah..kenapa? awak nak try ke? hehe..
A: kenapa awak pakai tudung?
Aku: sebab dalam agama kami dituntut untuk menutup aurat..
B: tapi saya tengok,ramai je yang muslim tak pakai tudung pun..
Aku: ya, masih ramai yang tidak faham tentang tuntutan agama..macam dalam kristian, ramai yang tak bermoral && tak ikut ajaran kristian sebenar kan?
B: ya..kamu tak boleh minum arak kan?
C: tapi tapai kamu makan kan? bukan tapai memabukkan ke?
Aku: kami memang tak boleh minum arak, diharamkan && kalau tengok dari sudut kesihatan memang tak elok minum arak..
Tau kan macam mana buat tapai?
tapai tuh kami boleh makan sebab tuh nasi, bukan air tapai tuh..
kalau air tapai, memang tak boleh minum..air tapai tuh sejenis arak..macam anggur, arak diperbuat dari anggur, tapi kami boleh makan anggur..faham tak?
D: oh! itu macam ka? jadi ...
"ok adik-adik, kita sambung latihan!!! 5,6,7,8 ...."
*********************************************************************
Cerita di atas tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah tiada..
Kesimpulannya?
Disebabkan segilintir umat Islam yang tidak melaksanakan syariat Islam secara syumul telah menyebabkan kesalahfahaman kepada bukan Islam..
Ini menyebabkan usaha dakwah semakin sukar dijalankan kerana umat Islam sendiri telah mengotorkan keindahan Islam itu sendiri..
Jom kita renung balik dalam diri..
Kita adalah orang Islam, Muslim..
Apakah benar kita telah menjalankan tanggungjawab sebagai Muslim yang sebenar?
Apakah kita mampu untuk menjadi model sebagai seorang Muslim?
INGAT~!
orang bukan Islam sentiasa memerhatikan kita..
mereka melihat Islam dari corak hidup seorang Muslim..
&& bagi mereka, apa yang kita perlihatkan pada mereka ialah ajaran Islam..
Bersediakah kita untuk menjadi Model ISLAM?
Mari sama-sama kita muhasabah diri..
Perbetulkan yang biasa & biasakan yang betul..
Kurangkan maksiat, tingkatkan ibadat..

No comments:
Post a Comment