اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
لا إله إلا الله محمد رسول الله
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujuraat 49 : 6]
Biar aku hina di mata manusia demi mengejar Redha-Nya

18 May 2011

Permusafiran & Jalan Pulang

Satu paper dah lepas..
Esok ada satu lagi..
Jumaat berterbangan ke bumi orang buat pertama kalinya..
Tak sabar nak bermusafir bersama sahabat-sahabat dunia akhirat..
Alhamdulillah rezeki masuk mencurah-curah ke bumi Allah..
maka dapatlah melaksanakan antara cita-cita untuk menjelajah ke seluruh tanah air..
walaupun sekejap namun berbaloi rasanya..

Dalam hati & akal buat masa ini hanya terfikir untuk BALIK..
Kenangan bersama usrati(keluargaku) menggamit lagi..
Wajah Mama Abah Adik Kakak Abang Nenek Makcik Pakcik Anak saudara
SEMUA LAH!
Rindu serindu-rindunyaaaa..


Hanya satu kerisauan..
Penerimaan..
Bagaimana agaknya penerimaan mereka terhadap perubahan pada diri ini..
Sering mengingatkan diri..
perubahan ini untuk mengejar redha Allah,
maka pandangan Allah lah yang perlu diutamakan bukan manusia..
but still..
i'm too scared..
bukan takut pada cemuhan, kritikan mahupun kutukan,
*Ya Allah, jauhkanlah dari su'ulzon (prasangka buruk)*
tapi takut pada diri ini..
mampukah terus bertahan?
mampukah terus berjihad?
mampukah terus istiqomah..
Moga dipermudahkan..
Mengharap senang dalam berjuang bagai menunggu bulan di tengah siang..
Jihad itu payah, tapi istiqomah dalam bermujahadah itu lebih payah..


Aku tahu, aku perlu yakin..
InsyaAllah..

Moga dipermudahkan segalanya..

Doakan kejayaan kami dalam peperiksaan kali ini..
&& kemudahan perjalanan permusafiran kami nanti..


Kurangkan maksiat, tingkatkan ibadat..

No comments: