In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
"kalau tak nak gatal, tak payah mesej"
sentap.
soalan diaju diharap jawapan lain.
tapi ku tahu, yang menghantar ilham pada kau itu Dia.
Dia tahu keadaan aku.
Kenapa tak boleh macam dulu?
Kenapa lemah sangat?
Ikatan rapuh itu kau jadikan sandaran?
Ah. Alasan.
Kau tahu bukan itu salah?
Kau fikir kau boleh terlepas setelah lafaz?
"Habis macam mana anak-anak kita nanti?"
Entahlah.
Tak tahu.
Tak reti nak jawab.
Cuma mampu berdoa.
Berdoa dan terus berdoa.
Usaha tak ada, hanya doa dan tawakal?
Kau fikir kau mampu ke?
Jauh lagi.
"Dah tak lama dah akak. kalau tak payah boleh?"
Aku perlu.
Sebab aku takut.
Bukan untuk dia. Ini untuk aku sendiri.
Menebus silap lalu.
"Teringin nak ada cerita macam akak. Saya tak suka macam itu."
Binalah cerita mu sendiri adik ku.
Jangan pernah meminta seperti ku.
Kau lihat bahagia namun terselit duka.
Kau lihat indah sebenarnya penuh dusta.
Hidup ini memang menakutkan.
Bukan tempat bermain dan bersuka-suka.
Tapi.
Tempat membina taqwa dan mencari bekal.
Kau minta sabar.
Allah campakkan kau latihan tentang kesabaran.
Kau minta iman.
Allah campakkan kau ujian keimanan.
Kau minta sahabat setia.
Allah campakkan kau ujian persahabatan.
Kau minta ini dan minta itu.
Kau pasti tak nampak apa kau minta.
Tapi kau nampak jalan mendapatkan apa kau minta.
"Kami dah bagi pancing, terpulang cari memancing dan pakai umpan apa"
Kami dah tunjukkan caranya, terpulang bagaimana kita mahu guna dan berapa banyak usaha kita letak.
Jangan manja sangat.
Kalau kau tak kuat bagaimana yang dibawah kau?
"Only babies whine"
p/s: 3jam dirumah putih. Sesak bau kimia. Penuh penyakit zahir dan batin. -___-"
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Al-Baqarah 2:45)
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
لا إله إلا الله محمد رسول الله
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujuraat 49 : 6]
Biar aku hina di mata manusia demi mengejar Redha-Nya
1 comment:
Follow back ya... :)
Post a Comment