sentap.
kadang-kadang, kita lupa..setiap manusia punya kisah yang berbeza..walaupun kisahnya sama, cara berfikirnya pasti berbeza..walau mungkin pendapatnya sama, responnya mungkin berbeza..
we cannot expect everyone to think how we think, to respond how we respond, to accept what we accept and to give what we can give..
"akak, kenapa saya rasa dia macam mendesak, macam memaksa"
kadang-kadang kerana kita mahu melihat sesuatu perubahan dalam masa yang terdekat, kita bertindak bagai memaksa, walaupun bukan niat kita untuk memaksa atau mendesak..
manusia tuh pelupa..sometimes it slipped our mind..we forgot to think about others..
"kenapa nak fikir sangat perasaan dorang?dorang ada fikir perasaan kita?"
memikirkan perihal orang lain boleh jadi sangat penting, tapi bila kemudharatan terlalu memikirkan perihal orang lain lebih tinggi risikonya berbanding memikirkan kemasalahatan diri, lebih baik pentingkan diri, terutama dalam hal ibadah..bukan bermakna membelakangkan orang lain, tapi apabila sama-sama pihak mendapat manfaat, bukankah lebih baik sakit sebentar daripada menderita lama?
"cakap tak serupa bikin, kau aku sama saja, sibuk nak tegur aku buat apa?kau pun tak berapa nak betul.."
siapa yang menegur tak penting, tapi isi teguran yang paling penting..bagaimana cara menegur tidaklah sepenting mana isi teguran..berani menegur, berani ditegur..ilham amar makruf nahi mungkar datang dari Allah, beranikah kita mendustakannya? jika kita sentiasa mengingatkan diri setiap teguran datang dari Allah, maka tiada masalah siapa yang menegur dan bagaimana dia menegur..
"tegurlah dengan cara berhikmah, pada Rasulullah itu teladan"
pulangkan ayat itu pada diri sendiri..peringatan buat kita bersama..
"kadang-kadang kita sangka kita sedang membantu ummah, tapi sebenarnya kita sedang menghancurkan ummah"
kadang-kadang kita terlalu melihat silap dan salah orang, terlalu taksub hendak menegur kesalahan orang lain, sedangkan kita juga mungkin melakukan kesalahan yang sama atau mungkin kesalahan lain yang lebih kurang sama mudharatnya ataupun lebih teruk..sedar tidak sedar kita lupa untuk muhasabah diri..
.......................................................................
Allah sekali lagi menunjukkan bukti betapa Maha Penyayang dan sebaik-sebaik penolong adalah Dia..Dia tahu, aku tak larat dan aku tak bersedia..maka dia berikan ujian dalam bentuk lain..Dia beri aku peluang demi peluang.."Maka nikmat tuhan-Mu yang manakah yang kau dustakan?" (ar-Rahman) ekspresikanlah Cinta mu pada Dia..
Allah tunjuk lagi betapa Maha Pelindung nya Dia..Dia melindungi hamba-Nya daripada perkara-perkara maksiat..kadang-kadang tika kita tenggelam dalam keseronokan dunia, kita lupa pada Dia..igfirlana ya Allah, ta'ibuna ilallah..
..............................................................................
hari ini juga 1st time berUsrah luar kawasan, bermain bowling, riadah bersama ahli keluarga kecil ini..
refleksi?
usrah bukan duduk surau saja tapi di mana-mana pun boleh..usrah itu keluarga..keluarga suasananya perlu ceria bukan muram mendengar peringatan demi peringatan sahaja..salah..Islam itu syumul meliputi segala aspek kehidupan, maka di mana-mana, apa sahaja apply lah Islam..tengah main bowling pun boleh dapat sesuatu, kerana kita main bowling bukan main bowling saja-saja, tapi dengan niat lillahi taala, maka dapatlah sesuatu..insyaAllah..
main bowling niat lillahi taala? boleh ke? kenapa tak boleh? jangan sempitkan skop..
p/s: letih yang amat..kita jumpa di Universiti Ini Anggun pula esok untuk Islamic Performance Night..insyaAllah..^__^

No comments:
Post a Comment