اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
لا إله إلا الله محمد رسول الله
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujuraat 49 : 6]
Biar aku hina di mata manusia demi mengejar Redha-Nya

13 October 2011

berjemaah atau individu?

dalam agama kita, berjemaah adalah sangat dituntut terutamanya pada tiang agama kita, SOLAT..
apatah lagi dalam hal-hal yang lain..maka di manakah rasionalnya menolak kepentingan jemaah?
namun ramai yang menyatakan "kalau nak berdakwah tak semestinya masuk dalam persatuan"..
tapi kita kena sedar, fitrah manusia untuk hidup dalam jemaah, tak ada yang nak hidup sorang-sorang, kita bukan sekuat tuh..

diri ini sendiri pernah mengalaminya..

pada mulanya, bagaikan mampu untuk berdiri sendiri, menempuh dugaan mendatang yang bagai peluru bertubi-tubi mengoyak hati menjadi cebis-cebis luka *hiperbola!*..
tapi, sebenarnya tak mampu nak teruskan, maka Allah hadirkan sahabat-sahabat yang sungguh tak disangka-sangka sangat membantu diri ini, mendekatkan kembali kepada Allah, mengingatkan kembali hakikat kehidupan, mengetuk jiwa ini untuk melihat tujuan dan matlamat hidup yang sebenar..

beruntung bukan?

kita andaikan diri kita adalah seorang yang tempang, maka kita perlukan penyokong untuk terus melangkah..siapakah penyokong tersebut? semua mereka disekeliling kita..
sedar tidak sedar..
kita perlukan jemaah..
ummah yang bersatu dalam jemaah..
bukankah itu semangat muslim sejati?

sebatang lidi mudah dipatahkan tapi segenggam lidi payah dipatahkan..
begitulah kita pabila dalam satu jemaah, satu kumpulan yang bersatu..

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) . . . "(A-li'Imraan 3:110)

Allah mengatakan bahawa kita adalah sebaik-baik umat pabila kita melakukan amar makruf nahi mungkar..bukankah lebih mudah jika kita lakukan dalam jemaah?
lebih banyak idea, lebih banyak tenaga..

tidak dinafikan, ada jemaah yang menyebabkan Islam dipandang serong..bukankah terpulang pada mata yang melihat dan hati yang menafsir? ambil yang baik, yang buruk jadikan sempadan..jika mampu, tegurlah kesalahan mereka, itu juga sebahagian dari amar makruf nahi mungkar..jika kita terus cakap belakang, maka bila masalah akan selesai? malah mungkin lebih teruk jika tiada siapa yang berani bertindak..

dalam pada itu, hidup dalam satu-satu jemaah bukan bermakna kita memecahbelahkan ummah yakni hidup dalam kelompok-kelompok tertentu..bukankah matlamat kita sama? bukankah matlamat dakwah kita sama? *ayat karangan SPM*

ulama zaman dahulu pun ramai yang berbeza pendapat, lebih-lebih lagi dalam perkara khilaf, apatah lagi kita yang mempunyai ilmu yang sangat sedikit? perbezaan perlu dirai bukannya menjadi punca perpecahan..

sama-sama kita renung ke dalam diri..



Tingkatkan ibadat, Kurangkan maksiat


سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
Maha Suci Engkau, ya Allah, aku memuji kepada-Mu..
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Engkau,
aku meminta ampun dan aku bertaubat kepada-Mu

No comments: