antara soalan yang sering dilontarkan daripada sahabat-sahabat sama ada yang sejantina atau yang berlawanan jantina..Kadang-kadang tertanya-tanya juga..Penting sangat ke nak letak gambar? Bukankah dah kenal di dunia nyata?
Biar daku bertopeng di alam maya setelah beberapa lama mendedahkan diri *sampai terlebih dedah*.. Aku akui, dulu kalau nak kenal aku memang tersangat amat lah mudah *rosak bahasa* dengan hanya melihat gambar-gambar di laman sosial *skema*..Tapi sekarang? Hapa pun tara..Ape pun tak bley, ape pun tak bley, ape pun tak bley..haha..
Bukan itu saja, gambar orang lain pun takkan jumpa punya lah kat facebook aku nih..sebabnya?
AKU TAKUT!
aku takut kalau gambar yang hanya ingin dikongsi bersama rakan taulan yang comel-comel belaka tersebar ke tempat lain..jikalau ada aurat yang tidak sengaja terdedah *diri sendiri mahupun orang lain* siapa nak tanggung? jikalau ada aksi-aksi comel yang menyebabkan orang lain terpikat *kesian kat
pastuh, kalau nak post video pun aku akan fikir berkali-kali..yalar, takut kalau-kalau aku menjadi ejen penyebar dalam mendedahkan aurat orang lain..huwaaaaa.. :'(
siapa nak tanggung? sebab tuh aku akan pilih video untuk dipost, which is selalunya kalau lagu-lagu, aku post yang lirik sahaja..
kalau dulu, nak letak gambar orang memang takut, tapi sekarang ni, nak letak gambar kartun yang tak tutup aurat pun fikir juta-juta kali *hiperbola*..kot-kot lah hasil perbuatan aku menyebabkan sesuatu yang buruk berlaku..siapa nak tanggung?
satu benda lagi..hasil perkongsian maksiat yang kita buat tuh akan kekal, sehinggalah link tuh expired dan tak boleh akses dah..sebab tuh, kena sentiasa update benda-benda dalam laman sosial tuh, nak delete mana-mana yang patut *alasan online selalu*..
so?
sekarang ni, pilihan di tangan kita..
nak pilih buat Multi Level Dosa atau Multi Level Pahala?
ingat, perbuatan baik kita akan kekal mendapat pahala walaupun kita dah tak ada..
jom lah kejar MLP dan hindari MLD di alam maya*alasan online selalu juga*..senang, mudah dan pantas!
1 comment:
aku suka post yg ni.. :)
Post a Comment