اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
لا إله إلا الله محمد رسول الله
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujuraat 49 : 6]
Biar aku hina di mata manusia demi mengejar Redha-Nya

30 July 2011

Wahai Rijal

‘Takutlah (berhati-hatilah) kalian dengan dunia dan takutlah kalian terhadap fitnah wanita, kerana sesungguhnya fitnah yang mula-mula menimpa bani Israil adalah dalam urusan wanita.’ (Hadis Riwayat Muslim)


Aku tidak ingin menjadi punca kejatuhanmu wahai Rijal..
kenapa tidak? kerana kamu pemimpin ku..
Abah, abang, datuk & pakcik ku sebahagian dari kamu..tidak tergamak ku melihat kamu
tercampak ke dalam api & diazab dengan sekeras-kerasnya..
&& InsyaAllah, salah seorang dari kamu akan menjadi imam kepada setiap solat ku..
pembimbingku dalam menggapai mardhatillah..
menjadi ayah kepada anak-anakku kelak..


Rasulullah S.A.W bersabda: “Tidaklah aku tinggalkan fitnah yang lebih besar yang dihadapi kaum lelaki kecuali fitnah para wanita.”
(HR Bukhari dan Muslim)





Aku sungguh merasa cemburu..
tatkala melihat mu bergurau senda dengan wanita ajnabi..
tatkala melihat mu bersentuhan dengan mereka..
tatkala melihat mu menunjukkan kasih sayang mu pada mereka..
tatkala melihat mu memberi perhatian pada mereka..
tatkala melihat mu berduaan dengan mereka..

Aku tidak tega melihat sandiwara itu..
kerana ku tahu, siapa pun kau..
mungkin kau yang telah ditakdirkan Allah untuk ku..
siapa pun kau,
mungkin kau telah ditakdirkan Allah buat sahabat-sahabatku..


Wahai Rijal, kami ini untuk kau bimbing,
agar dapat kita bersama-sama berjaya di dunia & akhirat..
hidupnya kita dalam jemaah agar kita saling bantu-membantu
demi mencapai matlamat sebenar dalam kehidupan,
iaitu mendapatkan redha Allah..


Wahai Rijal, aku tidak ingin menjadi fitnah kepadamu..
Aku tidak ingin, kelak di akhirat
aku akan dipersoal Allah,
apa yang telah ku lakukan dalam membantumu?
apakah aku membantu menjaga imanmu atau memusnahkannya..


Wahai Rijal, tika pintu hati ini diketukmu,
seluruhnya bergetar, bergoncang hebat..
aku takut andai Allah tidak redha..

jangan pernah kau dustakan hak wali..
suarakanlah kehendakmu pada mereka jika benar cintamu itu berdasar pada Cinta Allah..


Jagalah Iman, Diri & Hatimu, dalam pada itu, bantulah aku menjaga Iman, Diri & Hatiku..



Tingkatkan Ibadat, Kurangkan Maksiat


*rijal-lelaki
mardhatillah- redha Allah

No comments: