اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
لا إله إلا الله محمد رسول الله
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujuraat 49 : 6]
Biar aku hina di mata manusia demi mengejar Redha-Nya

17 May 2013

Terkesima Si Kakak


In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.


"Ya Allah
Kurniakanlah perkahwinan ini dengan sebaik-baik kesefahaman, kebahagiaan, kesejahteraan dan kejayaan
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Semaikanlah di atas kedua pengantin perasaan kasih sayang. Tunjukkanlah kepada keduanya jalan petunjuk dan taqwa. Lanjutkan umur keduanya di dalam kehidupan bahagia dan menggembirakan. Sentiasa dalam ketenangan dan lapang dada. Himpunkanlah di antara keduanya persefahaman dan kemesraan, dan jadikanlah hidup keduanya sentiasa merasa Qana‘ah (kecukupan) dan terpelihara dari segala godaan. Kurniakanlah Ya Allah!
Kepada keduanya keturunan yang soleh dan solehah. Limpahkanlah Ya Allah!
Keduanya nikmat yang berkat.  Luaskanlah kepada keduanya pintu rezeki. Peliharalah keduanya dan lindungilah Ya Allah dari fitnah-fitnah hidup. Jauhilah keduanya perangai buruk dan kurniakanlah keduanya peliharaan Mu dan keredhaan-Mu Ya Allah.
Amin ya Rabb"


Hari semakin berlalu.
Hari dinanti semakin tiba.
Ah. Takutnya.
"Kak, saya tak suka 'lafaz sakinah' tuh "
"kenapa?"
"kalau kat Melaka, 'lafaz sakinah' tuh lepas waktu mak pengantin perempuan akan cakap dengan pengantin perempuan nak lepaskan apa semua tuh. sedih. "
"erk.. kat tempat akak tak ada kot"
Moga tiada saat itu.

Perang di sini kian berakhir.
Tentera kini sedang berehat.
Setelah 3 hari berturut bertempur tidak henti.
Bermacam peristiwa berlaku tika perang.
Panglima terpinga melihat tentera beraksi pelik.
Panglima tergelak melihat tentera gelak sendiri.
Ah.
Perang di tempat lain ada ke macam ni? =D

Seketika setelah kad di'post'.
Seorang adik meluru masuk sambil menangis.
"Akak janganlah kahwin"
Terkesima sebentar.
Kenapa ramai adik-adik tak bagi ni? hehe.
Cemburukah mereka?
Benar. Mereka cemburu.
"nanti mesti akak dah tak sama macam sekarang."
"akak mesti dah tak peduli saya"
"akak mesti sibuk dengan dia je"
"akak mesti dah tak boleh gelak-gelak macam sekarang"

Haiz.
I'm going to be the same person.
It's just that I'll change my title.
From single to married.
I'm still your dearest sister.
I'm going to be there for you guys.

Akak sayang korang semua. serious.




p/s: berperang packing barang pula.

06 May 2013

Perubahan

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Malaysia berubah warna lagi.
Biru atau Hijau.
Janji wajib dipatuhi.
Amanah wajib dilaksana.
Laksanakan hak orang.
Hak kita juga pasti dipenuhi.

Abah.
Selamat hari lahir bukan hari jadi.
Hari lahir abah agak bersejarah kali ini.
Disambut mereka yang kecundang lagi.
Hari 'blackout' katanya kini.
Jatuh hari ini, esok ada lagi.
Tidak di sini, akhirat kan menanti.
Menang atau kalah bukan di sini.
Tapi kelak di sana pasti.
Insya Allah.

Hadiah abah?
Bagi hadiah pada abah, kena bagi pada ayah juga.
Hari lahir mak pun tak lama lagi.
Bagi hadiah pada mak, kena bagi pada mama juga.
Kini berbakti bukan untuk abah mama lagi.
Berbakti pada 5 orang semuanya.
Setiap hati perlu dijaga rapi.
Agar mendapat redha dan bahagia.

Tenanglah hati tenanglah diri.
Lapanglah dada, bukalah jiwa.
Sabarlah hati, tabahlah diri.
Moga bahagia pabila redha.
Cermin dan tongkat masih begini.
Berteman diam yang terus setia.



p/s: counting the days.

02 May 2013

Jangan Manja Sangat

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

"kalau tak nak gatal, tak payah mesej"

sentap.
soalan diaju diharap jawapan lain.
tapi ku tahu, yang menghantar ilham pada kau itu Dia.
Dia tahu keadaan aku.

Kenapa tak boleh macam dulu?
Kenapa lemah sangat?
Ikatan rapuh itu kau jadikan sandaran?
Ah. Alasan.
Kau tahu bukan itu salah?
Kau fikir kau boleh terlepas setelah lafaz?

"Habis macam mana anak-anak kita nanti?"

Entahlah.
Tak tahu.
Tak reti nak jawab.
Cuma mampu berdoa.
Berdoa dan terus berdoa.

Usaha tak ada, hanya doa dan tawakal?
Kau fikir kau mampu ke?
Jauh lagi.

"Dah tak lama dah akak. kalau tak payah boleh?"

Aku perlu.
Sebab aku takut.
Bukan untuk dia. Ini untuk aku sendiri.
Menebus silap lalu.

"Teringin nak ada cerita macam akak. Saya tak suka macam itu."

Binalah cerita mu sendiri adik ku.
Jangan pernah meminta seperti ku.
Kau lihat bahagia namun terselit duka.
Kau lihat indah sebenarnya penuh dusta.

Hidup ini memang menakutkan.
Bukan tempat bermain dan bersuka-suka.
Tapi.
Tempat membina taqwa dan mencari bekal.

Kau minta sabar.
Allah campakkan kau latihan tentang kesabaran.
Kau minta iman.
Allah campakkan kau ujian keimanan.
Kau minta sahabat setia.
Allah campakkan kau ujian persahabatan.
Kau minta ini dan minta itu.
Kau pasti tak nampak apa kau minta.
Tapi kau nampak jalan mendapatkan apa kau minta.

"Kami dah bagi pancing, terpulang cari memancing dan pakai umpan apa"
Kami dah tunjukkan caranya, terpulang bagaimana kita mahu guna dan berapa banyak usaha kita letak.

Jangan manja sangat.
Kalau kau tak kuat bagaimana yang dibawah kau?

"Only babies whine"


p/s: 3jam dirumah putih. Sesak bau kimia. Penuh penyakit zahir dan batin. -___-"