In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
"Update lah blog."
^___^
Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Kini status menjadi isteri orang. Hilang risau, hilang gundah. Tenang terasa setelah halal. Walaupun terpaksa berjauhan. Kini Allah redha dengan hubungan ini.
Macam mimpi. Rasa macam baru sangat kenal. Bertemu mata hanya 3 kali sebelum menikah. Kebetulan? Dalam hidup tiada kebetulan. Semuanya takdir ilahi. Telah tertulis sejak azali.
Alhamdulillah.
"Akak dah buktikan, kenal kat internet pun boleh menikah."
Ya. Alhamdulillah. Zauji ikhlas. Zauji berani. Zauji sabar. Biiznillah kami bersatu.
"Best tak kahwin?"
Inilah soalan yang selalu buat diri tergamam. Rasa nak menangis, rasa nak gelak kuat-kuat pun ada. Tapi selalunya terdiam sejenak. Soalan itu buat diri teringat pada zauji. Zauji yang sentiasa sabar dengan diri yang kuat merajuk, zauji yang sentiasa mendengar curahan dan omelan diri dan zauji yang sentiasa cuba menggembirakan diri.
Allah. Rindu.
Agak-agak best tak kahwin? Cuba lah kalau nak tahu. (Jangan cuba-cuba.)
Kahwin bukan semata ada suami dan isteri. Kahwin juga bermaksud ada ibu mertua, ayah mertua, adik ipar, abang ipar, kakak ipar (kes kami tak ada), nenek suami, makcik suami, pakcik suami, saudara suami etc.
Alhamdulillah. Keluarga mertua sangat daebak (awsome)! Mungkin sebab menantu pertama kot. Atau memang menantu yang ni terlebih comel lagi terbaik. Woha.
Dulu kena jaga keluarga kita saja, sekarang kena jaga 2 keluarga. Kena lebihkan suami dalam segala hal. Bila datang rasa letih dan penat layan suami kena cepat-cepat istighfar. Ingatkan diri, setiap khidmat seorang isteri pada suami tuh tak sia-sia. Bukan balasan suami yang kita perlu tapi redha Allah semata.
Cinta tanpa syarat. Cinta tanpa mengharapkan balasan. Inilah cinta yang Allah dan Rasulullah s.a.w ajarkan pada kita.
Rasa pelik. Sekarang dah boleh bercerita tentang cinta pada seorang lelaki di sini. ^__^ Cinta pada seorang lelaki bergelar suami, bukan seorang lelaki sahaja. Rasa tidak terbeban. Rasa tenang. Boleh mencintai tanpa ragu.
Sahabat, menikah hanya salah satu jalan. Ada banyak lagi jalan yang boleh dipilih sebelum menikah untuk salurkan rasa cinta kasih dan sayang itu. Those who cannot love themselves, cannot love. Objektif menikah itu bukan semata menghalalkan perhubungan antara seorang lelaki dan wanita sahaja malah lebih besar dari itu.
Lastly, kalau nak kahwin dengan orang jauh, sila dahulukan kehendak suami tanpa mengecilkan hati keluarga sendiri. Pandai-pandai deme lah macam mana. Keh pun tak reti lagi. Setakat ni, keh ok je balik lipih ke balik sabah kah. Keh cuba sedaya upaya nak menggembirakan suami keh. ^__^
Tingkatkan Ibadat,
Tinggalkan Maksiat.
2 comments:
Alhmdulillah.. mabrouk nabila.. kahwin dah die.. hehehe.. tahniah2.. semoga jadik isteri yg soleha.. :) aamin...
alhamdulillah :D jazakillah kher kak. aamiiiiinnnn
Post a Comment