In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
Kadang aku terfikir.
Betul ke keputusan untuk terus bersama mereka.
Kadang aku terfikir.
Patut aku keluar saja.
Sama ada aku di dalam atau di tepi.
Tetap sama saja.
Tiada yang berubah bukan?
Ah.
Jiwa yang sakit. Hati yang sakit.
Sukar nak sentuh hati yang kotor.
Jiwa yang hitam.
Sang perubah tidak boleh merubah.
Andai dia tidak mahu berubah.
Ini kali atau lain kali.
Kau dan aku berubah dulu.
Sama ada asing-asing atau bersama.
Ah.
Bukan mahu tinggalkan.
Cuma sedih.
Sang perubah juga begini?
Bagaimana dia dan dia mahu ubah?
Melihat sang perubah tidak juga berubah?
Ah.
Kadang pemidato juga memilih diam.
Diam juga dipilih pendebat kadang.
Aku pelik.
Aku spesis baru.
Laluan pertama kami tidak sama.
Kini juga tetap berbeza.
Tapi kenapa?
Hati tertanya.
Apa beza sang perubah dan dia?
Aku terkadang lebih kagum pada dia.
Sang perubah pula terus mengundang resah.
Resah.
Sedih.
Perubah atau tidak sama saja.
Namun.
Beza itu perlu!
Perlu!
Agar dia tahu kau sang perubah.
Bersamamu mampu mengubah.
Ini kalilah.
Berubah sang perubah.
Harapmu aku dan dia berubah.
Sedang sisi keji mu kian terlihat.
Ah.
Bukan mahu menilai.
Jauh sekali ingin menghukum.
Terlanjur sudah menjadi cerminan.
Kau cerminku.
Aku cerminmu.
Andai kau bernoda.
Aku ternoda.
Bersih dirmu.
Bersihlah daku.
Ini kalilah.
Gotong-royong fizikal juga rohani.
Ada perlu kekal.
Ada perlu ubah.
Kekal lah cekal.
Kekal lah jubah.
Ubah lah bekal.
Ubah lah sudah.
* bercermin-cermin dahulu sebelum pandang kiri dan kanan.
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Al-Baqarah 2:45)
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
لا إله إلا الله محمد رسول الله
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujuraat 49 : 6]
Biar aku hina di mata manusia demi mengejar Redha-Nya
No comments:
Post a Comment