In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
Sering aku dan kamu tertanya-tanya.
Tidak diberi apa didoa.
Apa kerna dosa atau kerna belum tiba masa.
Mungkin kerna kurang adab berdoa.
Mungkin disimpan buat nanti jua.
Sering aku dan kamu tertanya-tanya.
Jika doa kita mungkin tidak mengapa.
Banyaknya dosa tidak terkira.
Tapi yang berdoa bukan kita sahaja.
Apa Dia tidak mengira ulama' berdoa?
Encik berkata, kau siapa?
Apa kau tuhan atau hamba?
Kau hanya meminta-minta
Syukur tidak diberi bala
Kerna berdoa bersabar tiada
Kadang doa diberi jua
Hanya jalan jauh berbeza
Sahabat setia yang kau pinta
Diuji ukhuwah baru dibina
Agar kau yang menjadi setia
Yang baik itu yang tahu hanya Dia
Doa dipinta dimakbul Dia,
Berbeza sekali kaedah dan cara
Mohon kekuatan melawan nafsu di dada
Ujian dan mehnah berjuta melanda
Kekuatan tidak dicampak tapi dibina
Yang baik itu yang tahu hanya Dia
Terkabul lagi doa semua
Berbeza jalan dan jua cara
Agar dijauhkan maksiat dan dosa
Walau sakit ujian terasa
Sayang dan cinta Dia terasa
Manis sekali kelak di syurga
*Allah sayang aku dan kamu
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Al-Baqarah 2:45)
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
لا إله إلا الله محمد رسول الله
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujuraat 49 : 6]
Biar aku hina di mata manusia demi mengejar Redha-Nya
No comments:
Post a Comment