اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
لا إله إلا الله محمد رسول الله
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujuraat 49 : 6]
Biar aku hina di mata manusia demi mengejar Redha-Nya

08 May 2012

Kemuliaan pada Keturunan?

in the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful..
Imam al-Habib al-'Arif Billah 'Aydrus bin 'Umar bin 'Aydrus al-Habsyi rahimahumullah, pengarang " 'Iqd al-Yawaqiit al-Jawhariyyah", menceritakan bahawa pernah satu ketika sekumpulan saadah berkumpul sambil membaca kitab "Masyra`ur Rawi" karya Imam asy-Syilli, yang menyebut kemuliaan, kewalian, sirah dan manaqib para pemuka saadah rahimahumUllah. Maka hendak dijadikan cerita, seorang badwi telah turut sama hadir dalam majlis tersebut. Setelah tamat pengajian, si badwi telah bertanya: "Mereka-mereka yang begitu hebat sebagaimana tersebut dalam kitab itu keluarga siapa?" Maka dijawab oleh para saadah yang hadir: "Oh, itu semua keluarga kami." Mendengar jawapan tersebut, si badwi berkata: "Alhamdulillah, syukur yang mereka itu bukan keluargaku." Para saadah merasa hairan, lalu berkata: "Jika sahaja mereka itu keluargamu, sudah tentu ianya lebih baik". Perkataan para saadah tersebut menerima jawapan si badwi dengan katanya: " Seandainya mereka itu keluargaku, pasti aku sangat malu dan bumi ini akan menjadi sempit bagiku, kerana amalanku tidak seperti amalnya mereka."


Kemuliaan itu bukan pada keturunan..

Para habaib dicintai kerana agama, ilmu dan akhlak mereka..

Pantaskah kamu menyamakan dirimu semulia mereka hanya kerana nasab yang entah benar entah tidak itu?

"Kau dah kenapa?"



Tingkatkan Ibadat, Tinggalkan Maksiat






nota buat diri: Cuba belajar untuk mengajar pelajar! Tak payah nak perasan hebat dengan sikap malas yang tak bawa ke mana tuh..tolonglah sedar diri nak exam! boleh pulak update blog..

No comments: