in the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful..
“Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari nafsunya, maka sungguh syurgalah tempat tinggalnya” (An-Naziat, 79:40-41)
Terngiang-ngiang lagi bait-bait doa yang didengar di Masjid Putrajaya 31 Mac lalu..
"Ya Allah, sesungguhnya kami menginginkan syurga-Mu kerana ia dekat dengan-Mu"
Allah Allah Allah
Mereka yang beriman itu lebih dirindui syurga berbanding keinginan mereka untuk ke syurga.. Tujuan mereka hanya SATU, ALLAH s.w.t..
Kita?
Melawan nafsu saja sudah kalah..Hari-hari kalau makan nak yang sedap-sedap, kalau boleh nak tidur lama-lama, kalau boleh duduk saja goyang-goyang kaki tak payah buat apa-apa..Bagaikan tiada tanggungjawab dan amanah yang digalas..
Biarlah sakit sekarang,
biarlah derita sekarang..
Mati itu pasti,
balasan itu pasti..
Bukan senang nak senang, bukan? Kita yakin dengan janji-Nya.. InsyaAllah.. seorang sahabat pernah berkata "doa tanpa usaha itu angan-angan"..Maka inilah yang cuba ku lakukan..Terus berdoa agar dijauhi maksiat dan berusaha untuk menjauhi maksiat..
Tingkatkan Ibadat, Kurangkan Maksiat
No comments:
Post a Comment